Pages - Menu

15.10.11

Daulat Tuanku Sultan Abdul Halim & Tuanku Sultan Muhammad V

 

yang-dipertuan-agong-ke-14

Alhamdulillah semalam Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam  telah diisytihar oleh Majlis Raj-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975.

Sultan Muhamad V & Nik Aziz Timbalan YDPA, Sultan Negeri Kelantan, Sultan Muhammad V. Kepimpinan yang mantap digandingkan selepas ini. Moga Allah merahmati pemimpin kesayangan rakyat jelata.

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13:

    1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
    2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
    3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.
    4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
    5. Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.
    6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
    7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
    8. Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.
    9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
    10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.
    11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
    12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.
    13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.

4 comments:

  1. mmg tepat pd masanya kan...
    mcm tanda2 akan berlaku revolusi pemerintahan kt malaysia after PRU 13 nnt.. heheh...

    ReplyDelete
  2. beta pun sependapat dengan memanda solihin

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH...semoga Baginda di bawah prlindungan Allah...amin

    Dan akak sbg rakyat kelantan sgt2 bangga memiliki seorg sultan yg beriman n brjiwa rakyat..Baginda seorg yg amat2 sederhana..Akak prnah brsekolah yg sama dgn Baginda....Baginda trlalu sederhana...

    ReplyDelete
  4. moga2 negara kita terus aman damai dibawah pemerintahan agong baru..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...