Pages - Menu

16.8.11

Cesc Fabregas Di Barcelona

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Lama dah tak bercerita tentang bola, akibat keterjuaan hari ini, aku mahu berkisah tentang seorang budak yang dulu dipandang sepi, kini bangkit sebagai bintang besar bola sepak. Pemain kelahiran Sepanyol yang berusia 24 tahun telah melengkapkan perpindahan ke Barcelona, kelab yang mula2 membina karier bola sepaknya diperingkat remaja sebelum berkelana ke Arsenal pada tahun 2003.

Aku mula kenal nama Cesc sejak main PS1 dulu...korang yang kaki game mesti tahu punya winning eleven...zaman sekolah sebelum keluar PS2...grafik memang kartun habis, bertarung aku tiga beradik menentukan kejuaran winning..haha...kenangan zaman budak-budak. Aku selalu juara mengalahkan dua orang adik..sememangnya berbakat =)

Apa pun, perpindahan pemain tengah ini bakal menggusarkan ramai kelab besar yang lain, Barcelona yang telah dibarisi pemain bintang dan berkelas dunia bakal dilengkapkan lagi dengan jentera tengah yang luar biasa ini. Messi lepas ni tunggu saja lorongan cantik dari bulatan tengah...

Azhan: Bila aku nak sampai Sepanyol ni ya...teringin melihat bekas pusat empayar kegemilangan Islam Cordova di zaman silam lalu...

6 comments:

  1. wahh nak gi sepanyol ker????

    ReplyDelete
  2. pdn muka arsengal.. haha..

    akhirnya tercapai gak impian dia nk balik sna..
    snggup guna duit poket sindri plak tu.. haha..

    ReplyDelete
  3. yeyeyeyeyeye
    seronok aku dia gi barca

    ReplyDelete
  4. pagi ni lawan madrid try tengok boleh debut ke ta..haha

    ReplyDelete
  5. mesti tmbah hbt lagi barcelona skg ni kan??ermmm cian real madrid ni.heheee

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...