Pages - Menu

16.8.11

Apa Ertinya Demonstrasi Anti-Zionis?

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Isu Palestin kembali menghangatkan persekitaran...sesekali seperti sudah bermusim, sekejap bersemangat, banyaknya yang telah kendur. Persoalan yang lebih penting, sejauh mana demonstasi Anti Zionis memberi kesan kepada diri dan jiwa?  Aku sempat dua kali join demo Anti Zionis, tapi bukan di K.L...di Kedah saja..sambutan menggalakkan...yang datang dari segenap lapis masyarakat, dari muda kepada yang tua...aku tengok muka semua dah bercahaya...wajah2 para syuhada Palestin ni...!

Selesai demo, dari jauh mata terpandang si pak cik berkopiah berjalan ke kereta, lagak jalan sangat bergaya dengan hembusan asap berkepul2...baru saja bertakbir Allahuakbar!!! hingga hilang suaranya...akhirnya tunduk kepada ajaran Yahudi! Apa....? Merokok! Aku hisap rokok indon ja...ada pula nanti suara begitu...tak kisah lah rokok cap ayam ka, tetapi Islam tak mengajar umat merosakkan diri dengan asap makanan jin ni...semua itu melemahkan jiwa dan fizikal.

Kembali mempersoalkan...sejauh mana kecintaan kita kepada saudara Islam di Palestin? Atau kita sekadar melalak tiada erti tetapi diri terus dicengkam pengaruh Yahudi dan Nasrani. Budaya hedonisme seperti melepak, hiburan melampau, seks bebas, pergaulan bebas, berpakaian ketat, aurat tidak dijaga malah terdedah sana sini dll masih membelenggu umat Islam. Ibadah fardhu juga masih kecundang...berapa ramai yang tak solat subuh dikala azan berkumandang, tetapi mereka lah yang paling kuat bertakbir tika demonstrasi dulu.

Tidak salah bersuara menyatakan bantahan, tetapi demonstrasi juga diri dan jiwa untuk perjuangan lebih tulen. Aku teringat petikan sebuah novel.."Mengapa budaya sekular terserap di segenap lapis masyarakat dan seluruh negara Islam? Jawapan disuakan oleh seorang Imam besar sebuah masjid "Umat Islam masih gagal menemui kunci Al-Quran dan As Sunnah."

3 comments:

  1. islam hanya pada nama jer tidak pada jiwa ...hurmmm

    ReplyDelete
  2. sedih tgk keadaan remaja skrg (bkn semua)......

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    inilah yang berlaku jika tiada penghayatan, hanya sekadar terikut2 tanpa rasa..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...