Pages - Menu

30.7.11

Persiapan Diri Ketika Ramadhan Mubarak


Salam ramadhan karim, moga dirahmati =)


1. Persiapan rohani.
Bagi orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. Biasanya mereka berdoa :

“Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Dalam rangka persiapan rohani itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rejab. Tapi ini bermaksud, bulan lain pun buat jugak,tak!. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rejab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan, bulan Rajab dan Sya’ban adalah masa pemanasan (warming up), sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah biasa dah untuk menjalani ibadah ini dengan senang lenang.

2. Persiapan fizikal:
Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan persiapan fizikal yang lebih baik dari hari biasa. Sebab, jika badan lemah,  nak buat ibadah kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita perolehi secara maksimum. Maka, sejak bulan Rejab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnat, banyak berinteraksi dengan al-Qur’an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan juga aktivti kemasyarakatan seperti biasa.

3. I’dad Maliyah, persiapan harta.
Kita kena ingat, persiapan harta bukan semata-mata untuk membeli keperluan berbuka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Maksudnya disini ialah mempersiapkan harta adalah untuk melipat gandakan sedekah, kerana Ramadhan merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.

4. I’dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan kita ini dalam semaksimum mungkin, diperlukan kita mendalami wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna untuk merajinkan diri kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW, selama di bulanRamadhan.  Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan perlbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan kita menghadapi bulan ramadhan ini dan juga ibadah-ibadah yang lainnya, kita mendapat di tahap yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah. Jika sebelum ini, datang sembahyang lewat sikit. Hari ini,  kita cuba datang awal dan sembahyang sunat tahiyatul masjid.

5 comments:

  1. salam ziarah..
    lama menanti..
    moga semuanya sudah siap untuk dinikmati..Selamat Beribadah Di Ramadhan Penuh Rahmah =)

    ReplyDelete
  2. x sabar nak puasa sok...
    selamat berpuasa..
    =D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabat...

    Hendaknya istiqamah dalam beribadah kepada~Nya

    ReplyDelete
  4. zikri husaini yang blogger juga kan?
    kenal2
    :-)
    selamat berpuasa bro :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...