Pages - Menu

21.4.11

Makan Nasi Lemak Seminggu Sekali Cukup La...

PETALING JAYA 21 April - Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini, dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti masalah berlebihan berat badan. "Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu... mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah. 

"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am... bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul,” katanya. - Bernama

Azhan: Sekarang ada garis panduan lagi, dulu zaman sekolah dulu semua saya bedal ja, hari2 nasi lemak ayam.hehe.pandai ja pun, beradab lagi (Alhamdulillah)...tak percaya ek, Cuba tanya sahabat2 saya yang lain? betul kan zaman kita macam tu.hehe?

4 comments:

  1. nak sangat makanan seimbang lagi berkhasiat jual lah salad sayur sayuran dan buah buahan segar di sekolah yg diimport dari oversea gituh...huhuhu!

    p/s:betul3X...

    ReplyDelete
  2. @apple hijau: mengidam sakan tu.hehe

    @anis: apa percaya apa tu.ka buat2 percaya ja ni =)

    ReplyDelete
  3. dulu nasi lemak 20 sen kecik jer, sekrng nasi lemak jer dah singgit

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...