Pages - Menu

11.4.11

Kenapa Aku Berpolitik...?


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Dua tiga menjak ni, banyak pula entri politik dalam blog ni..ni mungkin tempias kempen PRD Sarawak sekarang. Minta maaf ya kepada sahabat2 yang tidak senang dengan entri politik yang tidak pernah habis kisah dan cerita. Ada saja benda baru kan...

Macam mana saya boleh terpengaruh dengan politik ni ya? Pertama mungkin keluarga, latar belakang keluarga yang majoritinya minat berpolitik. Tapi jangan silap ya, bukan semua kami sekeluarga satu bendera.hehe Lain2 bendera...hijau dan biru tetap satu keluarga. Ada juga saudara yang berjawatan dalam bendera biru, ada juga berjawatan dalam bendera hijau. Masing2 ada haluan...walaupun berbeza fahaman politik, hubungan keluarga tetap menjadi keutamaan.

Yang kedua mungkin kerana suasana pembelajaran saya sejak sekolah...sekolah dirahsiakan.hehe. Tetapi sekolah lah yang memainkan peranan penting membentuk jati diri dan fikrah. Terima kasih kepada cikgu2 yang banyak mendidik dan merotan. 

Yang ketiga faktor kawan2. Kawan2 sejak sekolah, kawan2 blog, kawan2 sepengajian sekarang dan jemaah masjid serta surau. Mereka juga yang banyak memberikan pendedahan kepada dunia politk yang cacamarba ni.hehe. Terima kasih semua sahabat, moga Allah merahmati ('',)

Cukup lah tiga dulu yang utama. Walau bagaimanapun, politik banyak mendidik saya berfikir secara rasional dan berfakta. Siapa yang nak uji minda, jom fikir tentang politik.hehe. bukan kempen politik ya tetapi sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang tak seberapa. Politik mematangkan fikiran, mendesak masyarakat berusaha dan mencari ilmu.

Banyak lagi saya perlu belajar, masih jauh untuk mencapai matlamat dan impian...moga Allah melorongkan hati dan diri ke arah yang diredhai-NYA ('',) Akhir kalam mohon maaf kepada sahabat2 yang tidak senang dengan beberapa entri dalam rumah usang ni..

10 comments:

  1. minat tu adalah brmula dlm diri n mungkin gak semulajadi....

    ReplyDelete
  2. politik itu sebahagian dari agama
    dalam Islam kan ada Siyasah Islamiah (politik Islam)
    siyasah ada yang 'adilah dan fasidah.
    hati-hati memilih.

    ReplyDelete
  3. @mina: sama tapi tak serupa.hehe

    @miecyber: hari mengundi tak boleh kempen da :)

    @nza: bagus kak :) natural tu.hehe

    @puteri: betul tu puteri...ni puteri UMNO ka.hehehe

    @ahmad humairi: merah tu thaksin.hehe.

    ReplyDelete
  4. politikkkk!! skrg nie xabis2 politikk..kadang2 malas nak tgk berita utama..menyampahh jadinyer..ish2

    meh sini: Beautifulnara Ngah Problem ke??

    ReplyDelete
  5. @puteri: tidak tahu ;)

    @fadheela: jangan tengok berita...anda akan tertipu lagi terpedaya.hehe.berita sukan ok :)

    @ain: bagus2, tak lama lagi jadi pengkritik politik dia :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...