Pages - Menu

19.2.11

Budak Sekolah Sekarang Memang Jenis Kurang Di"ajar"?

Gambar hiasan{metro}

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA('',)

Selesai sudah dua minggu di sekolah menjalani praktikal, masih berbaki 10 minggu lagi. Dua minggu di sekolah macam2 kes salah laku murid yang berlaku. Kata orang, "Biasalah budak2 nakal kan" Ya, memang biasa kalau budak2 ni nakal, tetapi yang luar biasanya ialah kenakalan mereka sekarang sudah berbeza dengan zaman kita dulu bersekolah. 

Jom saya nak kongsi dengan semua tentang masalah terbaru yang saya temui. Mungkin perkara ni kelihatan remeh, tetapi sengaja saya nak bangkitkan sebagai tanda aras masalah moral dan akhlak pelajar sekarang. Kisahnya bermula ketika saya sedang mengajar, mengajar sebuah sekolah di bandar besar. Sambil tengah pantau murid lakukan aktiviti, tiba2 ada seorang murid perempuan menangis, meraung2 agak kuat sehingga saya di hadapan turut terkejut.  

Dalam hati saya, "Apa hal pula ni, tiba2 sahaja nak nangis ni..." saya berjalan menghala ke arah murid yang sedang berdiri sambil menangis teresak2 tu. 

Sebelum tu saya sempat juga pandang kalau2 ada murid lain yang menganggunya. Tetapi semuanya kelihatan baik2 saja buat kerja. Saya berdiri tercegat depan murid tu, belum sempat saya soal dia terus hulur sekeping kertas kepada saya. Kawan2 lain yang duduk bersebelahan cuba menenangkan. 

Saya buka perlahan-lahan. Pertama kali pandang terus terkejut, tergamam semua ada. Yalah, murid tahun  4. Saya terkejut baca kata2 lucah dalam kertas tersebut. Siap ada lukisan lagi. "Budak mana yang tulis ni!" saya terus saja menyoal dan dia terus menuding jari pada dua orang budak lelaki yang duduk di sudut kelas tersebut.

Terus saja saya soal dua orang budak lelaki tu, masing2 menggigil. Saya sendiri turut mengigil,  bukan mengigil takut tetapi cuba menahan kemarahan yang terpendam, bila2 saja boleh meletup ni. Dua budak tu saya minta berdiri dan apabila didesak baru masing2 mengaku yang mereka yang menulisnya. Ni bukan budak kelas belakang, budak2 yang lemah dan tak tahu membaca, tetapi budak2 ni belajar di kelas hadapan.Dari segi akademik memang sentiasa cemerlang, sentiasa mendapat tumpuan guru2.

Susah juga nak menahan marah ni. Memang dah janji tak mahu lagi garang dengan murid. Marah sekadar teguran. Itu azam kali ni. Tetapi saya gagal lagi....kebetulan saja pembaris guru ketika itu ada ditangan, terus saja menarik seperti smash badminton, lalu kasi satu libasan kencang! Libasan tu tepat ke meja, bukan ke murid ya...hehe. Hancur apa yang ada atas meja, nasib lah apa yang ada. 

Habis kelas, saya terkenang seketika waktu saya darjah 4 dulu. Dulu saya nakal juga, pernah juga berbirat kena rotan dengan cikgu. Tetapi dulu sekadar nakal usik2 kawan, main curah2 air dalam kelas, main pemadam, main bola kertas, main Digimon, main apa lagi ya...sepak bola pecahkan tingkap kelas, main sepak2 batu hingga bengkak mata kiri aku ni dulu. Semuanya nakal kerana bermain.

Murid sekarang pula nakal main "benda" lain. Mereka ni murid2 yang maju ke hadapan berbanding zaman kita dulu2...nakal mereka mencuba benda2 yang baru. Sekarang ni, pelajar  yang mencapai keputusan cemerlang akan disanjung, tetapi perangai...Siapa yang menjadi punca ya? 

Apakah guru tidak pandai mendidik anak2 muridnya? 

Apakah ibu bapa yang tidak memberikan perhatian kepada mereka? 

Apakah persekitaran sekolah yang tidak membangun ke arah membentuk modal insan yang cemerlang? 

Apakah kerana silibus pendidikan yang berorientasikan peperiksaan tetapi tidak memfokuskan kepada akhlak dan moral secara seimbang? 

Apakah cukup Pendidikan Agama Islam dan Moral yang diajarkan selama 6 waktu(3 jam) seminggu dapat membentuk sahsiah murid2?

Budak bandar sahaja ka yang kurang ajar ni? Atau budak kampung pun sama ya?

14 comments:

  1. melampau betul budak2 sekarang ni. tak tahu nak kata apa dah. sifat ingin mengetahui tu kuat sangat ke sampai tak tau bezakan benda tu baik ke jahat kalau dibuat.

    ReplyDelete
  2. betul....takutkan dgn sikap bdak skrg...


    ibu bapa terlampau beri kepercayaan kpd anak2....

    mina time kecik2...bende2 cmni pun tak prnh terlintas kat hati...hu3..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, cukup sedih perasaan ibu bapa pelajar ini jika mereka tahu dan melihat ... mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini. ... “Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam ...

    Biasanya yang saya dengar kebanyakan mak bapak sekarang, dengan keadaan kehidupan kos yang semakin meningkat, kebanyakan ibu bapa terpaksa bekerja bagi menampung kos sara hidup. Ini menjadi alasan mereka untuk meletakkan tanggungjawab kepada cikgu-cikgu pula (untuk mengajar dan melihat anak masing-masing) Mak bapak yang tidak peduli tentang anak mereka di sekolah, menyebabkan guru yang menjadi tension. Dengan hendak melayan 40 orang satu kelas, dengan nak melayan lagi tugasan-tugasan yang lain ditambah lagi dengan masalah disiplin pelajar, menyebabkan guru menjadi tension. Bila nak mengajar, anak murid melolong di belakang kelas. Macam mana nak mengajar?

    Mak bapak pula percaya yang anak masing-masing baik sangat dan belajar di sekolah. Tetapi tidak pernah bertanya walaupun satu soalan berkenaan dengan ‘macam mana kat sekolah?’, ‘cikgu ajar apa tadi?’, ‘kau berkawan dengan siapa?’

    Jika parents suka menunjukkan moral rendah pada anak secara sedar atau tidak, sedikit sebanyak mempengaruhi anak mereka.

    Begitu juga dalam mencari ilmu, jika parents tidak berilmu dan biarkan anak-anak kecil menjadi tidak berilmu seperti dia dan suaminya atau seperti dia dan isterinya, maka anak kecil mereka akan mengikuti jejak langkah parents-mereka.

    Kecuali anak-anak mereka dewasa kelak bijak berfikir tidak mahu mencontohi sikap ibu-bapa mereka yang buruk.jadi didikan agama yang cukup adalah benteng keruntuihan akhlak anak-anak kita

    ReplyDelete
  4. azhan.. sy suka entry kamu yg ini.. sy sokong,teruk benar dah kanak-kanak skg. sy juga penah alami mslh mcm ni. kanak-kanak istimewa pun ada juga kes mcm ni. tp logik juga sbb mereka x boleh fikir dgn waras dan campur hormon seks tinggi. apa pun, kita kena peka dgn sebarang perkara berlaku. biar pun praktikum, tanggungjawab tetap tggjawab.. :)

    semoga menjadi guru cemerlang :)

    ReplyDelete
  5. Bismillah,
    Inilah anak bangsa akan lahir yg di tunggu2 oleh pemerintah.bila maksiat tidak dapat di tangganinya hiburan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

    Pekara ini adalah tanggungjawab bersama,bila islam tidak di letakkan pada tempatnya maka maksiat berlaku berluluasa inilah hasilnya.

    fikir2 kan....

    Jadikan Islam Itu Panduan Hidup

    ReplyDelete
  6. budak skrg dh trlebih maju..maju kearah yg merosakkan...akak dh brbelas thn menghadapi situasi camni...mkn lama prangai murid mkn sukar dikawal...byk punca yg mempengaruhi..entahlh, susah utk kita menunding jari...yg pasti byk yg xkena....

    ReplyDelete
  7. @shafa: budak sekarang makin kurang adab, susah nak kawal dah.

    @fasha: ya, besar tanggungjawab tu. Jika murid nakal, ibu bapa akan salahkan guru kdg2.

    @KUREKURE COMEL: budak sekarang lebih ke hadapan, susah nak jangka.

    @Afzainizam: tq bro, komen yang sangat menarik dan berguna. Guru sekarang ramai yang tekanan bukan sahaja kerana kerja yang bertimbun2 tetapi kerenah murid yang luar biasa nakal ni...haish!

    @♥..cik_mas..♥: tq cik mas. Kanak2 istimewa mereka tidak dapat berfikir rasional. Kanak2 normal ni mereka gemar mencuba yang baru, yang baru dan "pelik"

    @hanyzan: tq bro. Ya benar, ni salah satu bala kerana kegagalan sistem pendidikan

    @nza:ya kak, saya yang baru kenal2 dunia pendidikan sudah terasa jelik dengan perangai budak2 ni, tambah lah kak yang dah lama. Selamat menjadi guru cemerlang :)

    ReplyDelete
  8. Salam azhan..suka entri ini..dan ya, ini tanggungjawab bersama, dari akar umbi hingga pihak yang tertinggi....kalau tidak dibendung dari awal, takut menular terus ke generasi mendatang...

    ReplyDelete
  9. ya Allah, moga kaum kerabat kita dijauh kan dri bnda2 cmnie. aminnn~~
    adeh, rosak2! T_T

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum,
    mungkin atas dasar permakanan membuat anak-anak sekarang 'hyper-active' dan terlalu kehadapan...
    anak-anak ini semuanya perlukan perhatian.. tak banyak, sedikit sangat perlu di perhatikan..
    ibubapa sekarang ini kurang dari sudut ilmu rumahtangga agaknya...??? (ilmu 'parental guide')
    mungkin tak mendidik anaknya cara-cara untuk menghormati orang lain.. (hak orang hak dia jugak... tetapi hak dia, dia punya... cth; semasa kecil anaknya ambil permainan dari rumah orang lain.. maknya cuma senyum aje)
    sumber dari rezeki ibubapanya pun memainkan peranan yang sangat besar dalam mendidik anak ni..
    ibubapa yang tidak menghormati orang yang lebih tua... bagaimana hendak mengajar anaknya menghormati orang lain..
    boleh jaga tepi kain orang.. tetapi jangan sampai hendak sangat tahu apa yang ada dalam kain itu..
    wassallam...
    my two cents opinion...

    ReplyDelete
  11. saya juga mengalami perkara yang sama.. bukan disekolah bandar tetapi sek yang agak bagus akdemiknya... bukan saja dia beri kertas tu pada murid perempuan.. saya juga pernah menerimanya

    ReplyDelete
  12. bkn bdk bandar saje,sy asal bandar tp mnetap di kg sebab ikut suami,. rupe2nye bdk kampung lagi dasyat kurang ajar dr bdk bandar.. sy pun mempunyai jiran yg anak die sgt2 la kurang ajar and mak ayah x tegur kelakuan anak die,.. meraba,tunjuk isyarat lucah pd org dewasa,bcakap kurang sopan,bile kami tegur anak die ibu ayah die akan dtg myerang,. ibu die akan ckp die masih budak,biase lah,. ank die brumur 9 tahun.. ape yg anda pk,.??

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...