Pages - Menu

22.12.10

Ada Apa Pada Nama...?

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)



Situasi 1

Pada suatu hari, seorang budak kampung datang beli barang di sebuah kedai berbangsa Cina di hujung kampung. Tauke Cina ni berasa hairan dengan mirip wajah budak kampung tu, lalu terus terjah soalan...

"Lu sapa nama?" 

"Nama gua Hang Tuah."

"Hai ya! nama lu macam Cina owh..." 

"Nama saja macam Cina, jiwa pendekar la Apek...lu diam lu tak tau apa"

"Sorry ma.."


Situasi 2

Cikgu Solihin telah ditukarkan ke sekolah yang baharu di tengah2 bandar raya metropolitan Tenang, Johor.

"Selamat pagi semua"

"Selamat pagi cikgu"

"Baik lah, silakan duduk. Pertama sekali, sila bangun dan perkenal nama kamu terlebih dahulu. Mula dari hadapan."

"Nama saya Anessa Anastashiya Bte Abdullah. Saya tinggal di Taman Bahagia."

"Uish, kamu ni orang putih ka? tengok gelap ja muka..."

"Tidak cikgu, mak saya Banjar, ayah saya Siam convert..."

"Ok, terima kasih Aness, duduk."

(Situasi di atas tiada kaitan dengan yang hidup dan yang telah tiada :)


Nama melambangkan peribadi dan perwatakan. Nama juga umpama doa dari orang lain yang setiap hari  memanggil2 kita.  Tetapi sejauh mana makna yang indah dan istimewa itu menjadi sebati dengan peribadi diri dan jiwa. Seperti contoh, nama Abdullah iaitu membawa erti hamba Allah. Sejauh mana pencapaiannya dalam  menjadi hamba Allah yang sempurna? Adakah peribadi umpama Abdullah bin Ubay (bapa munafik zaman nabi), na'uzubillah. Atau Abdullah Abd Mutalib (Bapa Baginda Nabi SAW), alhamdulillah.

Kepada pembaca yang baru melahirkan anak, adalah masa yang terbaik untuk anda memilih nama2 yang mulia dan terpuji untuk insan baharu. Islam menganjurkan kita memberikan nama2 yang baik pada anak2. Seperti contoh nama2 Allah, nama para rasul, nama para nabi, nama para ulama dan sebagainnya. Lebih mudah rujuk buku2 yang menyenaraikan pelbagai pilihan nama untuk si comel anda. 

Berbalik kepada pengertian nama diri masing2, jom kita semak dan muhasabah, adakah erti nama yang diberikan betul2 memberikan makna yang sebenar dalam pembentukan peribadi dan akhlak kita.? Akhir sekali, jangan lupa Tinggalkan nama anda dan makna nama tersebut ya. ('',)   Semoga kalian dirahmati dan mencapai pengertian nama masing2! 

Ada apa pada nama sebenarnya ya...?

contohnya: Azhan = kekuatan akal fikiran. 

4 comments:

  1. nice entri..betul cakap akhi....kalu immukmin...kalu ade anak nnt nak kasi nama apa yek??...

    ReplyDelete
  2. nama saya maksudnye "yang bertakwa".eh? asal lari tajok plk nih.heheh -______-"

    ReplyDelete
  3. hang too ah
    hang jee fat
    hang ler kir
    hang le kiu
    hang kasturi?

    ReplyDelete
  4. @immukmi: nama rasulullah :)

    @Hanisah: mudah2an menjadi insan bertaqwa hingga akhir ya.

    @hisyam: hang kebun pun ada jg.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...