Pages - Menu

28.12.10

Piala Suzuki: Bola Sepak Negara Pasti Melakar Satu Sejarah Baharu!!

Selamat bertempur!


 
300 penyokong Malaysia di bawah nama kelab penyokong Ultra Malaya telah bertolak ke Indonesia.


Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Bola sepak punya pasal, gegarkan dua negara. Malam ni adalah detik penentuan bersejarah untuk pasukan bola sepak Negara. Kekalkan momentum sepanjang 90 minit, jangan hiraukan provokasi dan tekanan penonton Indon. Yang pasti malam ni penyokong Garuda akan membanjiri Stadium Bung Karno sebagai misi menebus maruah Indon yang tercalar dengan cakaran Harimau Malaya lalu.

Tekanan makin dirasai, bukan sahaja di laman maya, malah tekanan turut dirasai oleh pasukan bola sepak negara yang sentiasa menjadi tumpuan penyokong Indonesia di sana, Venue latihan terpaksa ditukarkan atas aspek keselamatan kerana 40 ribu penyokong Indon membanjiri padang latihan skuad negara. Dah macam star pula ya.hehe.

Diharapkan perlawanan malam ni berlangsung dengan baik atas semangat kesukanan, semangat serantau dan semangat persaudaraan nusantara. Sedikit menyedihkan, Negera kita hanya mampu menghantar 300 orang penyokong sahaja ke Stadium Bung Karno. Saya fikirkan jika terlalu ramai memerlukan jumlah kewangan yang besar dan rakyat Malaysia yang belajar di sana juga tidak lah seramai Pendatang Asing di Malaysia.

Kepada peminat2 bola sepak negara, jangan lepaskan peluang anda menyaksikan perlawanan siaran langsung di RTM 1  dan Astro Arena jam 8 malam sebagai tanda sokongan padu kita kepada pasukan bola sepak yang bakal mencipta sejarah baharu dalam pentas antarabangsa. Kembalikan kegemilangannya...!

Ni promosi untuk orang kedah saja..hehe. Sapa ada masa jom lepak2 di Stadium Keramat kita ('',)

Jangkaan malam ni....Malaysia (1) vs Indonesia (0)

Sahabat semua bagaimana...? 

7 comments:

  1. tak ada jangkaan tapi harap sangat la pasukan Malaysia menang besar..

    paling penting penyokong Malaysia selamat pergi dan selamat pulang..

    ReplyDelete
  2. waa..
    cuak2..
    takutnye..
    arapnye MALAYSIA menang..
    ALL THE BEST MALAYSIA...!!

    http://zt-zati.blogspot.com/
    ~jom pakat rmai2 tuka prof pic FB jadi kuning..!!
    :D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...