Pages - Menu

10.12.10

Palestinkini: Keluarga tahanan di Penjara Jericho merayu agar nyawa anak mereka diselamatkan

Jumaat , 10/12/2010 – Keluarga kepada 6 orang tahanan penjara warga Palestin yang ditahan di Penjara Jericho merayu organisasi-organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk menyelamatkan nyawa anak-anak mereka daripada menemui ajal secara perlahan-lahan akibat diseksa dengan teruk oleh para penyoal siasat daripada pihak berkuasa Palestin (PA).

“Bahagian keselamatan PA di Tebing Barat telah menahan anak-anak kami sejak tahun 2008 dan mereka masih ditahan tanpa sebarang kesalahan ataupun dikenakan sebarang tuduhan ke atas mereka. Pihak PA juga menggunakan seksaan yang paling dahsyat dari segi fizikal dan psikologi serta menafikan tahanan daripada menerima hak-hak yang asas sebagai seorang manusia,” kata keluarga tahanan tersebut dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada hari Sabtu.

“Dalam satu tindakan yang jelas mencabuli undang-undang, bahagian keselamatan PA itu menolak keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi iaitu Mahkamah Tinggi Keadilan yang mengarahkan supaya para tahanan itu dibebaskan segera,” kata keluarga tahanan itu lagi. Tambah mereka lagi, keputusan mahkamah itu telah didokumenkan oleh organisasi-organisasi kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Azhan: teruskan berdoa sebagai tanda keperhatinan kepada saudara Islam Palestin...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...