LONDON - Kereta Rolls-Royce yang dinaiki pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles dan isterinya, Camilla, dibaling dengan bom cat oleh sekumpulan penunjuk perasaan di sini kelmarin. Insiden ganas itu berlaku ketika kumpulan pelajar merusuh di jalan-jalan raya di sini kerana memprotes kenaikan yuran pengajian di universiti Britain.
Dalam kejadian tersebut, sekumpulan 20 penunjuk perasaan bertopeng menyerang hendap kereta pasangan diraja itu ketika mereka keluar menyaksikan satu persembahan diraja di Paladium London sekali gus mengembalikan igauan ngeri peristiwa percubaan untuk menculik Puteri Anne pada 1974.
Namun, kali ini, penunjuk-penunjuk perasaan menggoncang dan menendang kereta diraja serta membalingnya dengan sejumlah bom cat sambil melaungkan kata-kata kesat. "Penggal kepala mereka!," jerit beberapa penunjuk perasaan kelmarin. Seorang saksi berkata, Putera Charles tenang sepanjang insiden tersebut.
"Charles menyuruh isterinya duduk di lantai kereta dan memeluknya untuk menenangkannya," kata seorang saksi berusia 23 tahun, Adnan Nazir. Camilla dan Putera Charles, 62, selamat dalam serangan itu tetapi ia mencetuskan kritikan berhubung tahap kawalan keselamatan keluarga diraja Britain yang longgar.
Sementara itu, Perdana Menteri, David Cameron berkata, ketika bercakap di luar pejabatnya di Downing Street di sini menyatakan, kerajaan memandang serius insiden tersebut dan mahu mereka yang terbabit ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
"Saya menyalahkan kumpulan perusuh tersebut dalam kejadian ini yang bertindak ganas dan saya mahu mereka ditangkap dan dihukum dengan sewajarnya," kata Cameron. - Agensi
Azhan: Raja zalim raja disanggah...?
Baru naik yuran pengajian sudah mengamuk sakan pelajar mereka.tapi di malaysia harga minyak naik berkali-kali dalam setahun takpa,Rakyat malaysia penyabar..tak pernahpun nak tunjuk tak puas hati pada kerajaan.
ReplyDeleteaku nye comment: emm.......
ReplyDelete,negara maju pun tak sunyi ye
ReplyDeleteSELEPAS PTK
hahhaa.. berani betul eh dorang..
ReplyDelete@ijok: benar tu akhi, pemimpin Malaysia ptt bersyukur, rakyat kita masih ada toleransi, tetapi pemimpin kdg2 ambil kesempatan atas semngat toleransi tu...
ReplyDelete@nora: aik komen pendek ja.hehe.tq sudi jg komen.hehe
ReplyDelete@new hope: semakin maju negara, mentaliti rakyat semakin hebat...berani.
ReplyDelete@solihin: apa macam ada berai tiru aksi tu kat msia, kasi sebijik kat kereta pm.hahaha