Salam sayang untuk semua, moga dirahmati ('',)
Tanggal 10 Disember 2010... hari ulangtahun perkahwinan Mak dan Ayah yang ke-23. Kami adik beradik terpaksa tangguhkan dulu kejutan kerana Mak masih di KL, atas jemputan keluarga di sana untuk memeriahkan sokongan kepada Iffah Ahmad Hilmi (sepupu) yang terpilih dalam rancangan Adikku Sayang siri-2 kelolaan Jakim. Saya tak dapat nak pergi bagi sokongan, minggu lepas dah penat drive jauh ulang alik KL-Kedah, sekarang nak rehat sementara masih bercuti ni.hehe.
* Bersempena hari istimewa ni, kami adik beradik dedikasikan sebuah sajak dan sepotong doa untuk Mak dan Ayah yang disayangi.
Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu
Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
itulah harta yang kau berikan
Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya ayah tak sanggup berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan ibuku tersayang
Diatas setiap segala
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah membesarkan kami
titis air susu yang telah membesarkan kami
" Ya Allah ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil. Ya Allah berkati dan rahmatilah hidup mereka seperti mana Engkau merahmati hidup para rasul dan aulya-Mu, murahkan rezeki mereka dengan rezeki halal dan diberkati. Akhirnya akhiri hidup mereka dalam husnul khatimah, Engkau sahaja selayaknya membalas segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kami. Amin."
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
(Ayie, Azhan, Anwar)
"Ya Allah, lengkapkanlah iman kami. Kasihkanlah kami kepada kedua ibu bapa."
Ammen. May Allah bless us.
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan juga diucapkan..
ReplyDeletesmoga bahagia dunia dan akhirat.. :D
@solihi n adam: amin ya rab :)
ReplyDeleteselamat ulang tahun perkahwinan utk mak ayah azhan...smoga d rhmati dan sntiasa d bwh rhmat illahi =)
ReplyDelete@anis terima kasih daun keladi cik anis :) moga cik anis dirahmati jua :)
ReplyDelete