Pages - Menu

26.11.10

(Video) Rapatkan Ukhwah, Mantapkan Perpaduan!

(video filem Gadoh 2009, tidak ditayangkan di pawagam)

Salam perpaduan untuk semua. moga Allah merahmati..

Apa reaksi anda melihat gelagat anak2 muda yang berlainan bangsa berbalah begitu ?? Pertama sekali saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung apabila melihat video tersebut. Tapi itu lah hakikatnya, persekitaraan kita mungkin tidak terlepas daripada segala permasalahan kaum ini. Semua ini berpunca daripada kecerdikan para penjajah terutama penjajah British yang memisahkan setiap kaum mengikut kasta dan pekerjaan tertentu. Dulu Kaum Melayu duduk di kampung, bertani dan bersawah bendang, Kaum Cina di bandar membuka perniagaan dan Kaum India di Estet menoreh getah. 

Licik bukan penjajah merosakkan pemikiran rakyat kita? Mereka lebih gemar melihat pepecahan masyarakat berbilang kaum, semua ni berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia2 besar yang lain turut dipisahkan mengikut geologi Bangsa! Contohnya sebelum perang dunia 1 wujudnya negara takluk Austria-Hungry tetapi terpecah menjadi negara2 kecil. 

Apabila terlalu bermain dengan isu dan sentimen perkauman maka punah lah negara.Saya juga menasihati diri dan sahabat2 daripada terjebak dan terpengaruh dengan politik perkauman yang dimainkan oleh kerajaan apabila keadaan mereka mendesak. Sejarah membuktikan wujudnya parti di Malaysia adalah atas dasar PERKAUMAN! Menurut seorang pakar sejarah juga merangkap ahli majlis tertinggi Persatuan Sejarah Malaysia, Dr Ramli Abdullah "perjuangan politik berasaskan kaum sekarang dilihat sudah tidak relevan lagi berbanding zaman awal kemerdekaan, kerana rakyat sudah matang dan berpendidikan"

Membina jaringan perpaduan mengambil masa puluhan tahun malah ratusan tahun tetapi merosakkannya amat mudah sekali, mungkin dalam sehari sudah terpisah segalanya. Maka hargailah perpaduan kita. Setiap bangsa mempunyai kelebihan masing2, saling membantu, elakkan hasad dengki (terutama orang Melayu! Sesama Melayu sendiri kdg2 berhasad dan iri hari). Rapatkan ukhwah, mantapkan perpaduan!

Saya akhiri dengan kata-kata Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya tentang Ketuanan Melayu...

"Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”."

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...