Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan USSR (Rusia) selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.
Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina)
China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material dan juga personnel – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu (dengan diterajui oleh Amerika Syarikat).
Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 walaupun secara formalnya dipanggilsebagai Han-guk Jeonjaeng (Korea : bermakna “Perang Korea”. Di Korea Utara, konflik ini dikenali secara formalnya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War)
Amerika Syarikat secara rasminya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman ataupun “policing action”, walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea. Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.
Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia II dan juga Perang Vietnam.
Perang Korea | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian dari Perang Dingin | |||||||||
Askar marin AS mendarat di Inchon. | |||||||||
| |||||||||
Pihak bersengketa | |||||||||
PBB: Korea Selatan Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Belgium, Colombia, Habsyah, Filipina, Greece, Kanada, Luxembourg, New Zealand, Perancis, Thailand, Turki, United Kingdom | Komunis: | ||||||||
Komander | |||||||||
Syngman Rhee, | Kim Il-Sung, | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Korea Selatan 590,911, Amerika Syarikat 480,000, Britain 63,000,[1] Kanada 26,791,[2] Australia 17,000, Filipina 7,000, Turki 5,455,[3] Belanda 3,972, Perancis 3,421,[4] New Zealand 1,389, Thailand 1,294, Habsyah 1,271, Greece 1,263, Colombia 1,068, Belgium 900, Afrika Selatan 826, Luxembourg 44 Jumlah: 941,356–1,139,518 | Korea Utara 260,000, Republik Rakyat China780,000, Kesatuan Soviet 26,000 Jumlah: 1,066,000 Nota: Angka berbeza mengikut sumber. Disenaraikan kekuatan puncak kerana saiz berubah semasa perang. | ||||||||
Korban dan kehilangan | |||||||||
Korea Selatan: 58,127 maut 175,743 cedera 80,000 hilang/ditawan[1] Amerika Syarikat: 36,940 maut (termasuk 3,275 bukan dalam pertempuran) 103,000 cedera 8,142 hilang 3,746 ditawan United Kingdom: 1,109 maut[2] 2,674 wounded 1,060 hilang/ditawan[3] Turki: 721 dead[5] 2,111 cedera 168 hilang 216 ditawan Jumlah: Lebih 474,000 | Korea Utara:[4] 215,000 maut, 303,000 cedera, 120,000 hilang/ditawan China (rasmi):[6] 114,000 maut dalam pertempuran 34,000 bukan dalam pertempuran 380,000 cedera 21,400 POW China (anggaran Pentagon):[5] 400,000+ maut 486,000 cedera 21,000 ditawan Soviet: 315 maut 500+ cedera Jumlah: 1,190,000-1,577,000+ | ||||||||
Orang awam Korea terbunuh/cedera = Jutaan |
huhu jgn la perang2 ag,
ReplyDeleteeharga emas da mkin naek,
cmane nk beli emas nei..huk3
emas tiruan byk.hehe
ReplyDelete