Pages - Menu

29.11.10

Buat Kaum Hawa,Penting Belajar Seni Bela Diri Zaman Sekarang.


Kecik2 dah belajar Wushu..



Macam ni mamat bonzer pun boleh kena pusing..


('',)


Salam untuk semua, syukur atas nikmat-NYA ('',)

Terfikir seketika tadi untuk dikongsi dengan sahabat semua. Setiap hari kalau lepak2 baca surat khabar khasnya Metro, yang pasti isu jenayah dalam kalangan wanita. Kes dera, kes rogol, kes cabul, kes ragut, rompak, bunuh dan macam2 lagi lah. Dah macam nak muntah baca semua ni, hidangan setiap pagi dengan berita yang kurang menyenangkan hati. Kita mampu sedih dan bersimpati. Nak ubah semua ni? Susah. Itu jawapan paling tepat tapi tak mustahil sebenarnya..tukar pemerintah.noktah! 

Dari sudut politik, rakyat perlu bertindak. Dalam institusi keluarga mak ayah berperanan mengawal tingkah laku anak gadis mereka dari segi pakaian dan sebagainya dan rakan2 perlu sentiasa nasihat menasihati. Agama ini nasihat. Untuk diri sendiri pula bagaimana? Saya cadangkan anak-anak gadis perlu  mempelajari seni bela diri sebagai benteng pertahanan sekiranya berlaku perkara2 yang sumbang ni. Selain keluar membaca doa memohon keselamatan, asas pertahanan fizikal juga perlu diterapkan. (Dunia akhir zaman dah...kejahatan merata dan bersepah-sepah.)

Memang kita minta jauh dari semua ni, tapi padah tidak mengenal siapa dan di mana kan. Siapa saja boleh jadi mangsa. Bukan untuk ditakut2kan tapi sebagai langkah persediaan.  Siapa yang dah berkecimpung dalam seni bela diri tahniah diucapkan! Yang belum, mungkin anda boleh cuba sesuatu yang baru, demi kebaikan diri. Banyak seni bela diri di Malaysia ni, antaranya Seni Silat, Taekwondo, Karate, Judo, Muay Thai( cam xsesuai pula utk perempuan.hehe) dan Wushu. Dari setiap jenis tu banyak lagi pecahan2 (mazhab) dalam seni bela diri itu sendiri. 


Yang masih bersekolah, boleh join saja kat sekolah, lebih mudah, manakala mahasiswi peluang anda lebih terbuka di IPT kerana banyak pilihan seni bela diri dan yang bekerja mungkin memerlukan usaha untuk mencari sekitar tempat anda.  Bagaimana, anda berani menyahut cabaran? Kalau dah belajar jangan jadi kaki pukul pula.hehe  Semoga sedikit perkongsian dapat meberikan manafaat kepada semua. Bersedialah untuk berubah ('',) moga kita dirahmati-Nya.


Jom layan jap statistik mengerikan ni....


Statistik dan Fakta Kes

1)      Kes rogol di negara ini meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241,kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih
tinggi berbanding tahun sebelumnya.

2)      Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kes rogol telah meningkat

Bil  Tahun  Kes Rogol
1    2000    1217
2    2001    1386
3    2002    1431
4    2003    1324
5    2004    1698
6    2005    2431
7    2006    3098
8    2007    3414
9    2008    4959


3)      Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun 2008 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.

6 comments:

  1. xhairan la klw kte ngara islam
    yng punya ranking trtinggi dlam jnyah rogol..

    na'uzubillah..

    ReplyDelete
  2. a'a btl 2 wanita ptt blaja seni perthnkan dr...langkh berjg2..

    ReplyDelete
  3. @ahsfantsy, jenayah rogol tertinggi tapi pemimpin diam diri...

    ReplyDelete
  4. @ laddy yellow. semoga terselmat dri kjahatn luar

    ReplyDelete
  5. jenayah rogol membabtikan org luar...plg sadis adalah keluarga sendiri yg kdg2 jd pemangsa tu susahnya

    ReplyDelete
  6. jenayah rogol membabtikan org luar...plg sadis adalah keluarga sendiri yg kdg2 jd pemangsa tu susahnya

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...