Pages - Menu

21.9.10

Travelog Tarbiah: SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

 
Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana.

Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya...

Antara kandungan:
* Mencari Damai Diri * Canakkale Ajaibnya Turki * Secangkir Teh Pengubat Letih * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Bahasa Yang Pergi… * Ukhuwah Di Bumi Afyon * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi * Dan banyak lagi…
 
ADMIN: Saya tertarik untuk membeli buku ini kerana penceritaan sejarah dan tarbiah yang begitu bersahaja tetapi mempunyai mesej yang perlu difikirkan bersama. Buku ini membuatkan saya tertarik untuk berkunjung ke bumi Turki suatu hari nanti, insyaAllah. Terima kasih Ust Hasrizal.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...