Pages - Menu

20.9.10

Dua Lokasi di Kedah Dicemari Leptospirosis

ALOR SETAR 20 Sept. - Dua lokasi di Daerah Pendang didapati dicemari dengan kuman leptospirosis atau kencing tikus, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr. Marzukhi Md. Isa. Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air di kawasan Pendang Lake Resort dan Bukit Perak, katanya.

"Namun Pendang Lake Resort tidak ditutup sepenuhnya, cuma pengunjung tidak digalakkan untuk membuat sebarang aktiviti yang melibatkan air. "Sampel air yang diambil dan diuji di dua kawasan berkenaan dikesan mengandungi kuman leptospirosis,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata, setakat ini belum terdapat mangsa yang dilaporkan terkena jangkitan kuman berkenaan di dua kawasan tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...