Pages - Menu

25.8.10

Kisah Ramadhan: Perang Badar, Perang Penentuan




Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Harga : RM24.00 / RM27.00

Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.

Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.

Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.

ADMIN: Novel sejarah Islam yang perlu dimiliki oleh pembaca kerana kisah peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan menceritakan bagaimana perperangan pertama tercetus di awal kebangkitan Islam di Madinah, 

1 comment:

  1. Kisah sedih Melayu Murtad.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/masitah-istihar-murtad-dalam-facebook.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...