Pages - Menu

1.12.13

Kisah Aku Zaman Kanak-kanak dulu | Kenapa Makin Maju Makin Tak Selamat?



Salam untuk semua,

Jenayah makin gila-gila...paling sedih tengok berita 3 orang kanak-kanak ditemui mati. Susah nak gambarkan hati ibu ayah yang hilang 3 orang anak sekali...aku teringat zaman sekolah dulu...aku sekolah era 90-an. Abang dan kakak yang era 70-80an lebih2 punya kenangan manis zaman tu. Umur aku 8 tahun (darjah 2) mak ayah dah ajar aku duduk sorang2 di rumah waktu siang...aku sekolah petang, mak ayah kerja. Jadi disebabkan selesa di rumah sendiri, adik2 aku sahaja dihantar ke rumah pengasuh.

Duduk kawasan taman perumahan tak sama kawasan kampung, waktu siang agak sunyi...kebanyakkan orang keluar pergi kerja. Zaman tu, mak ayah tak takut nak tinggal anak yang masih mentah di rumah sendirian, cuma mak aku selalu pesan.."Kalau siapa2 datang jangan buka pintu. Kunci simpan elok2..." Itu ja aku masih ingat. Setiap pagi, mak aku bangun awal siapkan nasi dan lauk makan tengah hari...nasi dan lauk ditinggalkan dalam bekas kedap udara yang mampu tahan panas...aih! rindu pulak nak balik kg ni.  Aku besar sikit mak aku ajar cara masak nasi...haha. 1 kepoi, 2 kepoi...istilah orang utagha.

Pukul 8-9 pagi, aku masih ingat kadang2 aku kayuh basikal p pekan S.Petani...jauh jugak tu dari rumah. Waktu tu zaman komik "Dragon Ball"...haha. Memang setiap kali keluar siri baru mesti kena p cari punya. Berpeluh juga nak dapat komik tu pun, kalau lewat habis stok. Balik dengan aiq tu ja...haha. Zaman tu tak terlintas lagi takut kena culik ka, kena bawak lari orang ka. Walaupun ada dah dengar kes2 culik dalam berita tetapi terlalu terpencil. Kes ragut, kes bunuh memang belum muncul sedahsyat sekarang!!! 

Jadi kanak2 zaman tu cukup bebas untuk main, ke mana saja suka...budak sekarang mak ayah terpaksa berhabis duit dengan gadget...nak biar keluar bebas...memang dah tak selamat. Yang dewasa pun terancam, apakan lagi si kanak-kanak. Lahirlah ramai budak2 pasif dan masalah obesiti sejak usia muda. Itu zaman 90-an...kira dah mendekati era teknologi...zaman 70-an, 80-an pasti jauh lebih mengimbau memori kakak dan abang yang membesar di zaman tu.

Aku sengaja berkisah zaman itu, mengimbau zaman itu tanpa pernah terlintas "rasa susah hati, rasa tak selamat, rasa terancam, bebas..." itu lah lingkungan minda ibu ayah di zaman itu. Aku masuk darjah 5 aku dah berani kayuh basikal ke sekolah, sekolah aku dengan rumah agak jauh...zaman tu sekolah rendah tak banyak macam sekarang, yang tinggal jauh terpaksa lah. Kayuh basikal p sekolah rutin aku setiap petang, pagi aku p dengan mak aku juga kerja di sekolah yang sama.

Balik dari sekolah, aku akan mandi cepat2, makan dan solat Zohor. Seawal jam 3 petang dah mula kayuh basikal p sekolah. P sekolah petang main bola sepak dengan kawan2, kadang2 latihan sukan, main sepak takraw, bola baling, olahraga...itulah sukan yang akrab dengan aku zaman tu. Zaman tu aku aktif Taekwondo, jadi setiap petang agak padat jadual untuk main. haha. Hujan dan panas sanggup kuredah. haha. Petir berdendum, kaki masih dok menyepak di padang yang becak...zaman tu. Seronok!

Awal2 mula aku ke sekolah berbasikal hanya menumpang kawan. Seorang kawan satu sekolah datang jemput dengan basikal, rumah kami tak jauh. Dengan satu basikal kami berdua berkayuh, kadang2 aku duduk atas alang tengah basikal mountain bike tu, kadang2 member aku duduk. Gilir2..sekolah jauh juga, nak sampai jenoh juga sakit duduk atas besi. haha. Lepas dah ada basikal sendiri baru lah mula kayuh ramai-ramai dengan kawan.

Aku budak taman...kalau orang berkisah tentang sawah bendang, sungai, air terjun...aku tak mampu gambarkan. haha. Sudah ditakdir membesar di pekan kecil, hanya batu bata mengelilingi kehidupan zaman tu. Mereka di kampung mungkin jauh lebih sejahtera di era itu...sekarang kat kampung pun tak selamat boh...kampung arwah tok aku, kes pecah rumah banyak kali dah, curi kabel, kes ragut...kat kampung pun sudah tak aman, ini kan kota raya. Huih! jangan buat sebarangan.

Kenapa dulu dan sekarang tak sama? Sedangkan kita makin maju. Kenapa makin maju makin tak selamat? Antara maju dan selamat, aku dan kalian pasti lebih rela memilih selamat. Biarlah hidup tanpa perlu berFB, Istagram, berBlog...yang penting ke mana sahaja rasa aman.

"Malaysia Masih Aman......"

"Erk...dah buang air besar pagi tadi?"

.....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...