Pages - Menu

24.8.13

"Saya kurang wang, saya ada tangan, kaki, mata, boleh cakap, boleh dengar...."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8KtA_ILfPDcAwj8xK4wD4tmaq1ISmhMHzzysO2G6uFhCfOilF4PlKT1VCwBn-_KD_m2gG8vwS4bhe3buNt8hi0G2D_htw7Ss-GQTZcIvGDif9c9bCX4ZveuJ0C12QVsTQmG1EhCWfuKJr/s320/derma+duit.jpg

"Kamu ni ada duit nak makan ka...?" soal aku kepada anak murid. Si murid yang bercompang camping, menyeluk wang saku mengira kepingan syiling yang dibawanya ke sekolah hari ini. Aku memandang penuh minat tingkah lakunya.

"Ada lagi cikgu..." jawabnya ringkas.

Murid ini seorang yang sangat malas, selalu tak siapkan kerja rumah, tak fokus kepada belajar dan pelbagai lagi masalah. Kerana tak mahu lepaskan peluang memberikan sumbangan, dia turut beratur menunggu giliran memasukkan sekeping wang syiling 20 sen ke dalam sebalang tabung. Tabung yang dibawa oleh dua orang pengawas adalah bertujuan sebagai kutipan amal untuk sebuah pertubuhan Orang Kurang Upaya.

"Terima kasih semua.." ringkas dari wakil pengawas lalu beredar.

"Berapa baki duit kamu...?" aku menyoal lagi. Budak ini selalu kena rotan, rotan dan dia tak dapat dipisahkan.haha

"Ada lagi 50 sen. Boleh beli nasi lemak lagi rehat nanti." Jujur seorang kanak-kanak. Aku angguk. Kesian pula. Dalam keadaaan harga barang yang mahal, masih ramai murid turut menjadi mangsa. 

"Minum air apa pula nanti...?" tambah aku.

"Air water cooler kan ada..." bersahaja jawabnya.

"Kenapa kamu bagi juga, kan bawak duit sikit ja...?" 

"Tak apa cikgu, 20 sen saya mampu. Saya tolong 20 sen ja. Kawan-kawan lain mampu RM1, RM5...mereka tolong banyak lagi." Kata-kata tulus, ikhlas memberi tolong. Majoriti anak2 murid aku berasal daripada golongan kaya, masing-masing berkereta dan berumah besar. Aku serba sikit mengenali latar belakang mereka. Murid aku yang bermasalah ini, ibu ayahnya hanya bekerja di sebuah kedai makan.

"Kesian OKU, mereka kaki tiada, tangan tiada, mata buta, tak boleh cakap. Saya hanya kurang wang, tapi saya ada tangan, kaki, mata, boleh cakap, boleh dengar...." Tergagap menerangkan pada aku, ringkas dan padat. Walaupun budak ni selalu buat hal dalam kelas, rupanya masih banyak kebaikan yang ada padanya. Aku pula belajar dengan kata-katanya.

"Kerja sekolah semalam dah siap...?"

"Errrrkkk....belum, terlupa...." tersengih-sengih buat muka comel. Begitulah apabila disoal. Hari ni sikapnya merubah sikap aku. haha. Dia terselamat didenda.


1 comment:

  1. sometimes, we learn something good from unexpected person. Right?

    Salam hormat dari YuyuAtiqa.
    kunjungan pertama ke sini, mungkin. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...