Pages - Menu

26.8.13

"Saya bukan Penjenayah, Peragut, Pencuri..."

http://losteras.com/images/catalog/authentic-caribbean-pirate-costume-lg.jpg
Salam untuk semua,

Lazimnya pada hari bekerja, aku akan keluar mencari makanan di luar, waktu rajin bawa bekal dari rumah. Sekolah aku yang terletak dalam kawasan perumahan elit kaum Cina menjadikan aku sedikit janggal. Paling menjanggalkan adalah tingkah laku penduduk sekitar. Sekitar jam 10 pagi, rutin harian ke kedai/gerai masakan Melayu terdekat, aku perlu melalui 4-5 lorong-lorong perumahan.

Menjadi kebiasaan pagi, masyarakat setempat akan ke pasar, kedai2 berdekatan membeli bahan2 mentah seharian. Setiap kali aku berselisihan dengan mereka,...pasti aku memperlahankan motorsikal, memberi laluan...ada ketika memberikan senyuman dan mengangkat tangan tanda hormat penduduk sekitar. Janggalnya, kebanyakkan memberi reaksi yang pelik.

Yang berjalan akan berhenti tiba-tiba...berdiri tegak memandang aku yang menunggang motor...seperti diberi laluan bak VIP...tetapi wajah sangsi yang dipaparkan. Berselisihan dengan nenek-nenek usia emas, dipegang erat payung dan tongkat umpama senjata menanti mangsa...! hah! Erk...

"Ini mesti peragut ni...tidak pun perompak yang sedang buat survey rumah ke rumah...!" andaian terhadap aku mungkin.

"Woi, aku bukan pencuri dan penjenayah! Aku cikgu yang mengajar anak2 dan cucu anda..." kalau ikut hati begitulah...

Nak salahkan depa juga tak boleh...persekitaran kita sekarang memang tak selamat. Jenayah merata-rata. Jenayah tak kenal siapa, sesiapa boleh jadi mangsa...kalau aku jumpa orang tak kenal mungkin akan syak juga...

Berhati-hati kawan. Keluaq baca doa.

3 comments:

  1. tambah2 orang kaya macam tu kan..lagi la depa rasa tak selamat..takut sekarang ni nak tunjuk diri mewah .beli emas pun simpan dalam laci je la..hahah

    ReplyDelete
  2. hahahaha...kerana nila setitik...sian penunggang moto yg lain yg xbdosa..

    visit me back: cara bezakan duit palsu!
    http://nuurjana.blogspot.com/2013/08/kisah-apmm-dan-rm10.html

    ReplyDelete
  3. lain niat kite...lain org pandang ek..hehehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...