Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi.
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.
Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri
kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan
perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita
lantik.
Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir,
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu
telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban
sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas
kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.
Aku bukan orang yang
melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita
bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang
mencetuskan revolusi.
Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu
dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka
banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan, mereka selalu
mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila
kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan
bersama pembantu2 mereka.
Presidenku adalah Mursi, presiden
kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin
perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari
belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak
akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam,
kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan
kamu membantu kami.
-Penunjuk perasaan melaungkan "kami mahukan Mursi! berambuslah wahai Sisi!"
Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan
dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi
untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran
peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan
peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera
tidak akan mengenal Mesir selepas ini.
Saudara A'kif dalam
tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu
tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa
orang tua..
Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik
perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka
mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah
kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu.
Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan
anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.
Kepada semua
penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan
membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka
menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi.
Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain
daripadanya
Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada
umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap
individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya,
maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera
semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh
bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop
Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan
menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr.
Mursi.
Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.
Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agama
islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah
mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah
mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu
dan kami tetap berpegang dengan janji ini.
Aku menyeru kepada
seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk
menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu
Dr,Muhammad Mursi.
Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am
sumber: FB YB Ustaz Nik Mohamad Abduh
Azhan: Dr Mursi dijatuhkan secara biadap, penyokongnya yang jauh lebih ramai tidak akan duduk senyap. Kebangkitan Mesir 2.0 mungkin berlaku lagi....menanti, sejauh mana kebangkitan kali ini membangkitkan lagi 'rasa" umat Islam sedunia.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA