Pages - Menu

17.5.13

Solat Sempurna | "Lajunya Dia Solat...?"


Salam untuk semua, moga dirahmati

Beberapa hari lepas aku singgah di satu perhentian untuk solat maghrib, kebetulan surau tu agak kecil, terpaksa tunggu giliran. Selepas berwudhuk aku berdiri tercegat sambil bersandar di dinding. Sekadar memerhatikan jemaah yang solat. Mata aku terpaku kepada seorang lelaki ni, berpakaian formal. Mungkin baru pulang dari pejabat. Kenapa dengan abang tu...?

Laju benar dia solat...sampai rukuk pun sekadar tunduk ala-ala Jepun!!! Dah macam tak sempat nak bernafas dah. Sujud pun hampir sama, dah macam ayam patuk padi! Aku geleng-geleng kepala juga...aku cuma boleh cakap, solat macam tu memang tak sah! Tak cukup rukun solat,  tiada Tamakninah (berhenti seketika). Orang yang solat dalam keadaan cepat atau laju tanpa menyempurnakan tamakninah termasuk dalam kategori orang yang mencuri dalam solatnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Ucapan Rasulullah iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merujuk kepada rukuk dan sujud dalam solat yang tidak disertakan dengan tamakninah, menyebabkan rukuk dan sujudnya tidak sempurna. Dalam mazhab Syafie dan Hanbali, tamakninah adalah rukun solat yang mana tanpanya, solat seseorang jadi tidak sah.

Bab agama ni aku sendiri banyak jahilnya lagi, kita sama-sama belajar. Tapi Bab SOLAT, sewajarnya kita khatam terlebih dulu.  Solat tiang agama. Solat kewajipan kita seharian. Solat masa kita bertemu janji dengan Sang Pencipta. Solat tanda manusia berstatus hamba. Solat fitrah manusia beriman dan bertakwa.

Kalau memahami segala jenis perkara sunat, makruh, mengikut sekalian mazhab itu ekstra, paling tidak fahamlah dulu tentang RUKUN SOLAT yang wajib ditunaikan dalam solat. Dalam urusan kerja, si perkerja bawahan akan melakukan terbaik untuk majikan/bosnya, kalau diminta siapkan paper work dipenuhinya sebaik mungkin.

Apabila mengadap sembah di Istana Raja, rakyat biasa pasti penuh adab mengadap Raja, segala tindak tanduk akan dijaganya mengikut protokol istana. Bagaimana pula persediaan kita mengadap Raja segala Raja? Allah Sang Pencipta Sekalian Raja...? Sejauh mana kita memahami "protokolnya"? Bermula sahnya rukun WUDHUK, kebersihan PAKAIAN & Tempat SOLAT, RUKUN SOLAT.

Daripada Huzaifah, beliau pernah melihat orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud ketika solat dan terlalu cepat. Setelah selesai, Huzaifah menegurnya: “Sudah berapa lama anda solat seperti ini? Ia menjawab: 40 tahun. Huzaifah mengatakan: Engkau tidak dihitung solat selama 40 tahun (kerana solatnya batal). Selanjutnya kata Huzaifah: Jika kamu mati dalam model solatmu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Muhammad SAW.” (Riwayat Bukhari, Ahmad dan Nasa’i) 

3 comments:

  1. InshaAllah cuba lakukan yang terbaik krn solat adalah tiang agama.....

    ReplyDelete
  2. Kalau solat tak sempurna rugi dan sia-sialah jadinya. Sebab itulah rukun Islam yg lima kena dalami. Tauhid dan ibdadah kena selalu belajar. Shahadah, Solat, puasa, zakat dan haji kena tahu betul-betul. Sama juga bab mandi wajib kalau tak sempurna akan membuat seluruh ibadah kita terjejas sama. Rugilah hidup dan amalan selamanya...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...