Pages - Menu

18.5.13

Bukit Bintang LALUAN NERAKA di Ibu Kota.




Salam untuk semua.

Malam tadi aku keluar dengan adik (Anwar), cari barang elektronik untuk final project dia. Lokasi yang dituju pasaraya Time Square, Bukit Bintang. TS banyak juga kedai2 eletronik, aku memang jahil benar bab-bab ni. Bukan bidang aku sama, ditambah tidak timbul minat mengenali2 perkakas sedemikian.

Balik jam sekitar 10.30 malam, kedai dalam TS kebanyakkan sudah tamat operasi. Jalan biasa aku balik menghala ke Puduraya ditutup. Terpaksa melalui jalan alternatif lain yang aku sendiri main hentam saja lalu...7 tahun berkelana di KL. Jalan kali ni sangatlah asing. Melalui celahan kedai-kedai lama, aku terpaksa berhadapan hiruk pikuk manusia yang dirasuk syaitan. Entah apa jalan aku lalu, aku yang bermotorsikal mencelah disepanjang kereta2 besar dan mewah. Kiri kanan aku adalah Disko dan Pub.

Gila...! Ni memang benar2 laluan neraka! Aku tahu kawasan Bukit Bintang(BB) banyak pub/disko sepanjang menghala ke KLCC. Jalan tadi jalan berbeza. Pertama kali aku merentasinya, jika benar itu suasana yang aku pilih untuk hidangan mata dan halwa telinga...sanggup lagi memilih jalan lebih jauh untuk pulang. Kesialan apa untuk menempat diri ke dalam kebodohan masyarakat begitu.

Jelas! Kiri kanan sepanjang jalan, manusia meneguk air kencing iblis laknatullah, berjoget, menjerit2. Kepala aku yang terawang2, tidak percaya ini Malaysia!!! Tidak silap mata memandang, kulit sawo matang juga apa kurang hebat aksinya...Melayu! Bersatu...puit! Sebelum laungan bersatu, jemputlah tokoh2 perpaduan ini membuat kajian lapangan di sekitar pub dan disko Bukit Bintang. Islam dalam definisi Melayu tak lebih, hanya tulisan "hitam biasa" atas kertas usang yang tidak memberi apa makna.

5 minit merasai pengalaman di "laluan neraka", sepanjang jalan aku terdiam. Memikirkan apa solusi terbaik menyelamatkan umat ini. Sedih. Kecewa. Takut. Sampai bila...? Siapa yang membenarkan syaitan-syaitan ini bermaharajalela? Dimana penguat kuasa, pihak berkuasa...? Haram jadi Halal dengan Lesen Perniagaan. Undang-undang manusia paling rimba...

Hati aku meronta lebih dahsyat untuk angkat kaki meninggalkan ibu kota. Aku benci, aku tidak berkuasa. Mungkin sekarang aku tidak terjebak, tapi apa jaminan generasi-generasi aku kemudian? 5 tahun lagi, aku akan hukum dengan undi, itu sahaja kuasa dan upaya. Undi pemimpin yang membenarkan kemaksiatan, undi membawa saham paling celaka di akhirat!

Ampunkan dosa kami atas kelemahan kami, moga Allah berikan hidayah dan petunjuk.

7 comments:

  1. Kerajaan Malaysia telah di bayar oleh taiko taiko...cuba baca artikel tentang Musa Hassan ketika beliau menjadi ketua polis..berapa ramai kumpulan kongsi gelap jumpa dia untuk mendapatkan lesen tersebut. Program 999 jugak mengiklankan tempat serbuan "konon" yang x berkesudahan.

    ReplyDelete
  2. Betul..saya pernah berjalan di sekitar BBKL dalam hati kecil saya berkata..saya berada di mana? Sebuah negara yg so-called islamic state..sedih sangat..sampai kawan bercakap..terus terang dia tak mahu tinggal di kuala lumpur kerana mungkin akan melagirkab generasi2 hedonisme bila die berkahwin kelak kerana terlalu kuat cabarannya di kota itu

    ReplyDelete
  3. Sya dulu kerja kat Bangunan MAS Jln Sultan Ismail, tiap pagi/ptg akan jln kaki utk ke styn lrt/monorail di kasawan sekitar. Jalan raya memang sibuk. Pub2 pun merata sepanjang ke klcc. Memang happening kat situ terutama bila hujung minggu. Tak sangka rupanya sya berada di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Ameno bangang...itulah kemajuan bg mrk.

    ReplyDelete
  5. Camna nak share entri d blog ni d facebook ya..? Byk yg menarik:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan =)

      1. Nak share boleh KLIK Button FB SHARE bawah setiap post.

      2. Atau copy LINK post yang atas sekali seperti contoh post ni

      http://www.mohamadazhan.com/2013/05/bukit-bintang-laluan-neraka-ibu-kota.html

      Delete
  6. Camna nak share entri d blog ni d facebook ya..? Byk yg menarik:-)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...