Pages - Menu

21.5.11

Imam Muda | Maharaja Lawak


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Terpana juga seketika tengok part-part video imam muda kat laptop sorang member rumah ni, dia memang pengikut setia imam muda. Mungkin dia nak buat persediaan awal masuk Imam Muda musim depan rasanya.hehe. Memang tu kali pertama saya tengok perjalanan program Imam Muda, tengok melalui You Tube ja, tak mampu nak bayar bil astro la... 

Tema Imam Muda lepas tentang kekeluargaan, sangat menarik dan menyentuh hati. Geng Imam Muda diberikan tugas untuk meyelami kehidupan masyarakat asnaf di kawasan PPR Pantai Dalam. Korang mesti follow Imam Muda sejak musim lepas kan? Saya baru nak berjinak2 ni, sebelum ni da lama terjebak dengan Maharaja Lawak.hehe. Lalai2...kira tak lepas lagi la setiap episodnya =)

Ni Imam Muda mana pula?

Lagi satu, lagu Imam Muda memang mantop habis...! Akil Hay Feat Mawi..nak dengar korang lepak2 jap kat You Tube ni. Sambil tengok part-part Imam Muda tadi, mula la  saya buat perbandingan dengan diri ni, ish3! "Jauh beza langit dengan bumi dengan depa ni...Macam mana aku nak masuk untuk musim depan ni..?" Kalau masuk ni, kompem awal2 lagi kena tendang keluar dah.hehe.

Saya lihat program Imam Muda ni sangat membantu membina jati diri anak2 muda, dalam membentuk jiwa2 pemimpin Islam yang unggul. Beruntung sangat siapa yang layak masuk program tu, banyak ilmu2 yang dapat diperoleh. Menang kalah urusan kedua kan. Harap peserta2 Imam Muda akan terus mantop apabila berada dalam kancah masyarakat yang makin leka ni. Tahniah pada semua Imam Muda!

Azhan: Maharaja Lawak VS Imam Muda? Gelak banyak sangat hati hitam, gelak kosong macam tin kosong.? Erk..? Selera masing-masing berbeza...bukan selera makan ja, selera hati, mata dan jiwa =)

7 comments:

  1. erm..saye suke tgk IM..tenang je tgk muka imam tu..ni rancangan yg memberi byk kesan positif..

    ReplyDelete
  2. musim pertama jer tgk..musim ke dua nie slalu blk lmbt..tgk pun yg ulangan huhu

    meh sini: Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat..Rumah Anak2 Yatim Tertimbus!!

    sini jugak: Salma Mentor: Sedalam Mana Cintamu!!

    ReplyDelete
  3. hehe..22 tak follow..lepas ni kene pilih laa jawabnye..

    ReplyDelete
  4. Saya tak follow raja lawak ,mmg x menarik pun rancangan tu.pandangan peribadi saya,peserta rancangan tu banyak memperbodohkan diri untuk bagi orang ketawa.

    Kedua pasal Imam muda pun x tengok sebab sama macam azhan,tak mampu bayar bil astro hahaha

    ReplyDelete
  5. yg kate xtgk 2-2 tu, serius hipokrit~ tnye diri sendiri~

    ReplyDelete
  6. @hana: sangat menenangkan =)

    @nZA: saya baru mula tgk =)

    @fadheela: ok apa ulangan pun.hehe

    @jaya: yup, pilih2 jangan tak pilih =)

    @ijok: haha, tgk melalui you tube ja bro

    @iez: haha, hiprokrit ma..haha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...