Pages - Menu

6.4.11

Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, dipercayai jatuh dari tingkat ketiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia(JKED) Selangor. Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM hari ini untuk pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut. Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah pada jam 10.15 pagi.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali. {Malaysiakini}

Azhan: Alfatihah....salam takziah untuk keluarga arwah. Makin menjadi2 kes macam ni...

4 comments:

  1. uhuh..sound familiar kes jatuh bangunan sprm..bahaya betul bangunan tu..kalau ada kes dalam siasatan je mesti ada org jatuh bangunan kan..

    alfatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  2. Mmg pelik tapi lbh baik kita semua x membuat sebarang spekulasi..Perlu diingat ada 62 org pegawai kastam yg menghadapi tuduhan money laundering yg melibatkan berbilion2 (bilion! bukan ratus ribu @ juta2) dan duit ni adalah hak kita, hak rakyat. Mereka ni pasti ramai dari kalangan yg terhormat juga di mata masyarakat selama ni. Kalau dalam keadaan tertekan yg teramat sgt akibat tembelang dah pecah @ hampir nak pecah, segala kemungkinan boleh berlaku. Tunggu dan lihat sahaja. Al-fatihah buat arwah.

    P.S Besar mana pun kesalahan seseorang tu, setiap dari kita berhak diberi peluang kedua.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...