Pages - Menu

12.4.11

Hamas Bagi Kata Dua Pada Zionis

 

Selasa, 12/04/2011 - Usamah Hamdan, Pengerusi Hubungan Luar bagi Hamas, memberi amaran kepada Zionis sekiranya mereka merancang sebarang serangan baru terhadap Gaza, yang akan menyebabkan, “perkara paling buruk untuk Israel”, sebagai merujuk kepada kebangkitan besar-besaran Arab menentang Zionis.

Hamdan berkata dalam temu ramah yang dikeluarkan oleh Akhbar “Palestin” hari Ahad (10 April) : “kami dalam tempoh peperangan yang panjang dengan ZIonis, di mana ada bahagian naik dan turunnya, namun ini tidak mengubah hakikat yang kami masih terus berperang.”. Beliau menegaskan bahawa barisan pertahanan Palestin mempunyai hak untuk menentang apa sahaja kebangkitan Zionis.

Tambah beliau lagi : “antara salah satu sebab Zionis ingin meningkatkan lagi operasi serangan ke atas Gaza adalah kerana pihak Israel mula merasakan ketegangan dari segi keselamatan yang berlaku di petempatan mereka yang selama ini membolehkan mereka hidup aman selama 6 dekad lalu.”, di samping itu beliau menegaskan bahawa masaalah untuk Zionis ini datang pada waktu yang sama barisan pertahanan semakin kukuh kedudukannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Azhan: Akhir zaman da...jatuh Israel maka akan berlaku kebangkitan terakhir umat Islam...

2 comments:

  1. jahanam israel dan penyokongnya termasuk apco-apco

    ReplyDelete
  2. Palestin bangsa yg terpilih,ujin yg diterima juga hebat

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...