Pages - Menu

17.3.11

Radiasi Nuklear, Jepun Pernah Diberi Amaran Oleh IAIE

Loji Fukushima Daiichi meletup pada 14 Mac lepas. Kesan radiasi mula merebak ke kawasan sekitar.

LONDON 17 Mac - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah memberi amaran kepada Jepun dua tahun lalu bahawa satu gempa bumi kuat boleh menimbulkan 'masalah serius' kepada setesen-stesen tenaga nuklearnya.

Nuclear power plants in Japan (view)
Red pog.svg
 Active plants
Orange pog.svg
 Suspended operation plants
Blue pog.svg
 Future plants


Seorang pakar IAEA pada masa itu melahirkan kebimbangan reaktor-reaktor nuklear Jepun hanya direka bentuk untuk menahan gegaran sehingga 7.0 pada skala Richter, menurut akhbar Britain, Daily Telegraph, semalam.

Akhbar itu memetik kandungan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2008 yang diperoleh oleh laman web WikiLeaks. Pegawai IAEA tersebut memberitahu satu mesyuarat Kumpulan Keselamatan dan Kawalan Nuklear Kumpulan Lapan (G8) di Tokyo pada 2008 bahawa garis panduan keselamatan nuklear Jepun ketinggalan zaman, menurut kabel itu.

"Dia (pegawai IAEA) menjelaskan garis panduan keselamatan bagi keselamatan seismik telah disemak hanya tiga kali dalam tempoh 35 tahun lalu dan baru sekarang IAEA mengkajinya semula," tambah kabel itu. Kerajaan Jepun bertindak balas terhadap laporan IAEA itu dengan membina sebuah pusat bantuan kecemasan di loji nuklear Fukushima tetapi loji itu tetap direka hanya mampu bertahan dalam gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter.

A Japan Air Self-Defense Force CH-47 Chinook helicopter collects water from the ocean to drop on the reactors at the Fukushima Daiichi nuclear plant in Fukushima March 17, 2011. REUTERS/Yomiuri

Satu lagi kabel AS yang dihantar pada Mac 2006 menunjukkan kerajaan Jepun menentang satu perintah mahkamah untuk menutup sebuah loji di barat negara itu kerana timbul keraguan mengenai keupayaannya untuk menghadapi gempa bumi. Menurut kabel itu, Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian Jepun percaya reaktor itu 'selamat' dan 'semua analisis keselamatan dijalankan dengan sewajarnya'. - AFP

 Medical staff use a Geiger counter to screen a woman for possible radiation exposure at a public welfare centre in Hitachi City, Ibaraki, March 16, 2011, after she evacuated from an area within 20km (12.4 miles) radius of the Fukushima Daiichi nuclear plant. REUTERS/Asahi Shimbun 

 Kesan radiasi kepada manusia. Pak cik ni kena kesan buruk radiasi Bom atom Hiroshima dan Nagasaki, bahaya betul...

7 comments:

  1. assalamualaikum,

    Manusia mencipta kemajuan yang menghancurkan manusia.

    ReplyDelete
  2. Moga kita kan belajar daripadanya...

    ReplyDelete
  3. Sikap tamak tu sendiri yang makan diri manusia...apa2pun takziah pada negara Jepun

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..sampai macm tu sekali...ish2...

    ReplyDelete
  5. sebijak dan semaju mana pun kita...pandangan dan pendapat orang lain harus diambil kira..

    na'uzubillah...

    ReplyDelete
  6. ni lah kesannye kalau nak lawan fitrah Allah...

    meh ke rumah..
    ~a week already~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  7. @ahmad humairi:kemajuan yang menyesakkan..

    @siti muthiah: betul tu, belajar daripada mereka

    @suhaimi: betul tu, tamak punca manusia rosak

    @NaNaSaHiR: memang pun, teruk juga kesan radiasi

    @apple hijau:betul tu, pendapat org mematangkan diri :)

    @Dda Ly: Insyaallah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...