Cikgu Normala Sudirman [PAS] vs Mohd. Azahar Ibrahim [BN]
Salam perjuangan untuk semua, moga kalian dirahmati ('',)
Hari ini merupakan hari penamaan calon PRK Tenang. Beberapa minggu sebelum proses kempen berlangsung, blog2 sudah mula panas badan dengan isu2 politik setempat terutama kawasan DUN Tenang. Ramai petugas sudah mula membanjiri Tenang, saya kagum melihat video penamaan calon hari ini, tak sangka kubu kuat biru dibanjiri lautan manusia berkulit hijau.hehe. Dunia sudah berubah mungkin ('',)
Seperti biasa, kempen politik tidak lari dari serangan peribadi kepada calon yang bertanding. Jangan kata yang berkopiah, silap2 yang berserban seperti Tok Guru Nik Aziz pun tak terlepas dituduh perasuah. Keji bukan? Kali ini PAS meletakkan seorang calon wanita yang, seorang guru. Yang keji dan jijiknya, adalah tuduhan zina yang mula tersebar dalam FB dalam Blog2 UMNO.
Kalau dulu, serangan peribadi hanya berkisar tentang kelayakan peribadi, salah guna kuasa, tetapi dunia sudah berubah...politik negara semakin tidak matang. Manusia makin keji dan jijik. Isu Zina dimain2kan kepada sesiapa yang bertanding dalam PRK. Lepas ni kalau ada PRK lagi, dan calonnya seorang ustazah, tidak mustahil serangan ZINA juga akan dimain2kan sebagai bahan kempen orang2 jahiliyah ni. Lebih bangsat!
Dari sudut pilihan raya, pemikiran sebahagian besar orang2 jahiliyah ini masih di takuk lama, yang baharu hanyalah medium dan sistem. Mentaliti tidak ubah seperti binatang. Semakin kotor dan menggelikan. Jangan berbicara soal keadilan, soal keamanan, dan perjuangan...lihat saja rakyat kita...
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (iaitu tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka akan di laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar.
Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” (Surah an-Nur 24: 23-25)
Azhan: Semoga Allah memberikan kekuatan kepada perjuangan Islam. Moga sahabat2 dirahmati ('',)
negeri makcik gua.arrgh
ReplyDeleteMudah-mudahan menang kali ni!
ReplyDeleteALLAHUAKBAR!
kalau tengok TV, yang hijau ada 2,3 orang je..memang tak boleh pakai la TV ni
ReplyDeleteSiapa tak puas hati bila KM sarawak diserang?
ReplyDeletehttp://ijoks2009.blogspot.com/2011/01/pemimpin-mewah-rakyat-papa-kedana-tanpa.html
ya betul tu kata sipara para, dalam tv yang hijau 2~3 kerat saja, dan saya tambah patut lah cuak saja muka tebu dibibir tv, dan hari ini seperti biasa menjelang pilihan raya ada saja pengumuman keluar parti, seperti telah disusun penama...
ReplyDelete@imran: o, yaka, kena kerja keras nak tawan ni.hehe
ReplyDelete@solihin: mudah2an, Allahuakbar!
@sipara-para: biasala tv.hehe
@ijok: moga kemengana berpihak pada Islam
@iaryllr: hehe, marah nampak.hehe