Pages - Menu

1.1.11

Betulkan Niat Anda, Hidup Ini Satu Ibadah

Azam Tahun 2011: Tingkatkan kualiti kerja dan belajar ('',)

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Selangkah ke tahun baru, tersemat azam dan tekad baru. Saya percaya masing2 sudah menulis dan memasak niat baru untuk melayari bahtera 2011. Ada sahabat2 yang bercita2 untuk meningkatkan kualiti kerja, yang belajar terus bercita2 untuk berjaya dalam bidang masing2, yang bujang mungkin memikir2kan soal jodoh perkahwinan dan pelbagai lagi matlamat 2011 yang telah dilakar oleh sahabat2 saya.

Saya fikirkan ramai sahabat2 pernah membaca atau dengar ungkapan "Hidup ini satu Ibadah" bukan? Bagaimana kalau ungkapan tu kita cuba selitkan dalam kehidupan kita tahun ni bagi mencapai segala impian dan matlamat tu. Kira dua dalam satu lah ni.hehe. Matlamat tercapai, pahala pun dapat. Tetapi  bagaimana kan?

Mudah saja sebenarnya, betulkan niat berpaksikan Allah. Yang lebih mudah, segala kerja harian serta amalan kita diniatkan kerana Allah, beramal mengharapkan redha Allah. Kepada sahabat2 yang bekerja, jom bekerja kerana mengharapkan redha Allah sambil kita mencari nafkah untuk keluarga. 

InsyaAllah, kalau niat hati dipaksikan kerana Allah, maka tidak timbul lah isu2 rasuah, pecah amanah, ponteng kerja dan sebagainya. Masing2 akan tekun bekerja, kerana setiap gerak geri pekerja akan dinilai sebagai ibadah. Duit dapat pahala pun dapat ('',)

“Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan menjaga dunia anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama…”
 
Nabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya "Sesungguhnya Allah suka jika seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun." (Riwayat al-Baihaqi)

Bagi golongan pelajar pula, sejak zaman sekolah rendah hingga peringkat menengah kita dididik dengan belajar berorientasikan peperiksaan. Maksudnya, belajar nak lulus, nak cemerlang exam. Tak kisah lah faham atau tidak ilmu tu. Dapat 5A UPSR, 9A PMR, 12A SPM kira tercapailah matlamat belajar kan. Begitulah yang tertanam dalam benak minda kebanyakkan pelajar termasuk lah saya ni.hehe. InsyaAllah, kita sama2 lakukan perubahan, bukan saja gerak laku tetapi niat hati untuk belajar.

Tidak dinafikan exam itu sangat penting, tetapi dalam mengejar CGPA tu, kita diingatkan supaya tidak tersasar daripada matlamat sebenar belajar, iaitu belajar untuk memperoleh ilmu supaya selamat dunia dan akhirat. Jom hayati kata2 mutiara tokoh pemikir Islam dibawah:-

Imam Ghazali membahagikan penuntut ilmu itu kepada tiga golongan:
1. Golongan al-Faizin iaitu golongan yang belajar agama kerana mencari bekal akhirat dan redha Allah.

2. Golongan al-Mukhatirin iaitu golongan yang belajar kerana mencari habuan duniawi demi kemuliaan , pangkat dan harta. Namun dia mengetahui kecacatan niatnya yang tersebut. Golongan ini jika bertaubat boleh termasuk ke dalam golongan yang pertama.

3. Golongan al-Halikin iaitu golongan yang dikuasai syaitan. Ini kerana dia menuntut ilmu untuk mencari harta, pangkat dan pengaruh. Pada masa yang sama dia merasakan dirinya betul dan mempunyai kedudukan yang baik di sisi Allah. Golongan ini sebenarnya ialah ulamak al-suu’.

Dunia ni hanyalah persinggahan sementara, bekalkan segala amalan untuk kehidupan kita di negeri kekal abadi kelak. Moga kita semua dirahmati-NYA ('',)

8 comments:

  1. aku golongan kedua dan ketiga..

    ReplyDelete
  2. betol3..fiqah stujulaaa..kte sume kne pebetoi niat dlu la dlm segala hal pon..barulah kita akan wat dgn penuh keikhlasan..ble dh ikhlas tu..insyaallah akan diberkati..ble dh diberkati tu pulak..br la insyaallah bleh berjaya...=)

    ReplyDelete
  3. @pakwe: rendah diri pula pakwe ni :)

    @fiqah:insyaallah mudah2an tahun baru dtg sinar baru :)

    ReplyDelete
  4. salam, mmg itulah yg sepatutnya menjadi pegangan semua yang mengaku beriman....InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. kan indah kalau semua manusia berpegang dan berpaksikan niat bertujuankan Allah yang satu..

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Azhan, buat apa2 pun Nawaitu kena perbetoikan. Tima kasih Yob utk ingatan ni.

    ReplyDelete
  7. @mazha: insyaallah :)

    @anis:kuatkan perpaduan kita :)

    @moh kembara: moga kita sama2 ingat2kan

    @asrul: selamat tahun baru juga :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...