Pages - Menu

12.12.10

Kenduri Kahwin: Marhaban + Kugiran?


Salam untuk semua, syukur atas nikmat-Nya ('',)

Musim cuti sekolah ni, menjadi tradisi masyarakat kita mengadakan kenduri terutama kenduri kahwin. Kadang2 sampai tak sempat nak hadir semua jemputan dan undangan. Hari ni pun saya baru balik kenduri di suatu tempat, makanan alhamdulillah sedap juga.nasi ja mentah sikit.hehe. Saya selalu juga ikut mak ayah pergi kenduri, suka melihat dan memerhati.

Tadi time kenduri sambil tengah makan2, dengar alunan marhaban, merdu dan syahdu suara yang dialunkannya, memuji baginda nabi.  Saya sempat jenguk2, geng2 muda juga yang alunkan marhaban. Rasanya mungkin kumpulan nasyid mana2 kot. Lepas selsai marhaban, ada pula kugiran.hehe. Kali ni satu band pak cik2 tua mempersembahkan bakat masing2. Ish2, dah terbalik pula saya tengok ni.hehe. Geng muda marhaban, geng tua dok kugiran lagu2 retro gitu.hehe. 

Saya teringat pesan seorang ustaz, dalam mengerjakan perkara yang baik, jangan dicampuradukkan hal yang baik dengan tidak baik. Niat kenduri adalah ibadah, tetapi dalam upacara kenduri kahwin ada pula perkara2 yang kurang enak dipandang contohnya adat bersanding, campur lelaki perempuan, pakaian pengantin yang sentiasa menjolok mata2 pengunjung dan macam2 lagi lah.hehe.beleter la pulak. Contohnya, dalam sesuatu majlis, lazimnya akan dimulakan dengan doa dan bacaa ummul kitab Al Fatihah bagi mengharapkan keberkatan, tetapi dalam majlis itu juga kadang2 akan diserikan dengan joget2 lelaki dan perempuan...mungkin sahabat2 selalu. tengok kan majlis2 macam tu.? Agak2 ada keberkatan dak ni..?

Saya menasihatkan diri sendiri dan sahabat2 yang bakal berkahwin, supaya tidak mencampurkan  perkara2 yang syubhah dan haram dalam majlis perkahwinan supaya perjalanan perkahwinan yang dimulakan dengan penuh barakah insyaallah akan berakhir dengan kebahagiaan.amin. Kepada yang melangsungkan perkahwinan, saya ucapkan Selamat Pengantin Baharu ('',) Semoga berbahagia dan dirahmati-Nya.

3 comments:

  1. setuju...
    ada ulama berpendapat HARAM menghadiri majlis perkahwinan yang terdapat unsur maksiat di dalamnya...

    ReplyDelete
  2. @piwahid: benar, ada hukum haram terhadap kenduri yang bercampur unsur haram ('',)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...