Pages - Menu

5.12.10

INFO SIHAT: Pemakanan Seimbang Elakkan Obesiti.


Salam untuk semua, syukur atas nikmat sihat yang diberikan ('',)
Sedikit perkongsian tentang info kesihatan, iaitu tentang pemakanan seimbang. Tajuk macam bosan kan, selalu dah dengar dan baca. Tapi yang amalkannya amat sedikit, termasuk lah saya ni...hehe kena mulakan tekad menajaga makan ni. Tambahan dengan musim cuti sekolah ni, banyak kenduri pelbagai juadah hidangan yang menarik dan menguji iman.

Saya ada juga buat sedikit pemerhatian terutama kawan2 yang ada tabiat makan secara tidak sihat. Ada kisah seorang kawan ni, dia ni memang jenis susah sangat minum susu dan makan sayur. Kadang2 saya ada la juga tegur sebab cara pemakanan dia, yala kawan perihatin kan.hehe. Bukan apa kesian kan kawan, tengok makan macamtu. Ada satu hari ni, tengah ramai lepak2 kat rumah sewa, semua penat baru habis kelas. Kawan yang saya ceritakan ni ada lah beli coklat. Tengah khusyuk makan tiba2 ada satu bunyi yang jarang2 dengar. Semua kawan semua terdiam, tercari-cari bunyi apa. 

Member yang tengah makan tadi tiba2 senyum tengok kami semua, senyum pun nampak lain dah. Gigi depannya terserpih separuh, terkejut juga tengok. Makan coklat sampai patah gigi! Member2 lain apa lagi, gelak gila2 lah, macam nak pecah rumah.hehe. Dalam hati tak sampai hati pula nak gelakkan mamat ni, muka pun dah lain dah sebab malu. Geleng kepala dibuatnya, contoh tragedi akibat kurang mengambil berat tentang pemakanan. Pengajaran untuk semua. Muda2 lagi dah kurang kalsium.

Jom kita tengok beberapa kelas pemakanan yang sepatutnya dimakan untuk seharian. Makanan terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
Pemakan saling berkait rapat dengan berat badan. Dibawah ni saya sertakan tentang BMI badan yang terbaik dan sesuai mengikut diri masing2.  Jom kira BMI diri anda!

 
BMI



(Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO)

Apa itu BMI?
BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagi indeks jisim tubuh. BMI adalah ukuran objektif yang digunakan untuk mengkalisifikasikan seeorang itu sama ada obese atau tidak.

Apa pentingnya mengetahui obese atau tidak?

Obesity akan mempengaruhi risiko seeorang itu untuk mendapat penyakit. Obesiti ialah simpanan lemak berlebihan berbanding jisim tubuh teras (lean body mass). Simpanan lemak berlebihan boleh menyebabkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi meningkat.

Bagaimana mengira BMI?

Formula BMI ialah berat dalam kilogram (kg) dibahagikan dengan kuasa dua tinggi dalam unit meter.

Ukuran: (berdasarkan kepada WHO)
< 18 =" kurang"> 18 – 25 = normal
> 25 = obesiti

Bagaimana hendak mengawal BMI pada paras normal?
Secara umumnya, ketinggian seseorang tidak akan bertambah apabila mencecah umur 20 tahun. Bagi perempuan, mereka mencapai tahap ketinggian maksima lebih awal dari itu. Oleh itu, di dalam formula tersebut, ketinggian adalah sesuatu yang malar. Apa yang boleh diubah ialah berat tubuh.
 
2 faktor yang mempengaruhi ialah pemakanan (input) dan aktiviti seharian (output). Seseorang itu perlu mengawal pemakanan dan menjalani aktiviti seharian yang aktif untuk memastikan keseimbangan tubuh dan mengelakkan obesiti. Mungkin akan disentuh isu pemakanan dan aktiviti dalam artikel yang lain, insyaAllah.

Sungguhpun demikian, BMI mungkin sesuai untuk digunakan untuk kebanyakan orang, tetapi ia bukanlah ukuran yang paling tepat dalam menentukan kadar lemak dalam tubuh. Banyak lagi teknik ukuran lain yang boleh digunakan tetapi untuk tatapan kali ini, BMI adalah topik yg terbaik untuk disentuh, memandangkan ia sinonim dan mudah untuk dikira.

Marilah menjaga kesihatan. Cegah sebelum terlambat. Ayuh, jaga pemakanan dan mari bersukan dalam riadah berkala. Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang kuat! Syukuri nikmat Kesihatan Kurniaan-NYA ('',)

2 comments:

  1. entri & pekongsian yg sungguh bagus.

    saya antara mereka yg dulunya mengambil mudah tentang tabiat makanan. sekarang saya mula merasai akibatnya. jgn sampai terhantuk baru tengadah.

    p/s- sekarang ni nak makan apa pun terpaksa berhati2. asyik2 susu dgn roti gandum.

    ReplyDelete
  2. salam piewahid, tak apa, ujian Allah, moga piewahid jembali sembuh dan sihat2 bersama keluarga ya insyaallah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...