Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.
"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.
Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini. Sebelum ini, desas desus dan khabar angin bahawa Zaid akan meninggalkan PKR sudahpun bertiup kencang.

“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.
“Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.
“Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya.
Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan PKR yang dijadualkan pada hujung bulan ini.
Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

Rosakkan reformasi
Berucap pada penyokongnya di sebuah ceramah di Shah Alam, Azmin berkata zaid tidak boleh dibiarkan “merosakkan perjuangan reformasi”.
“Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita,” Azmin dilaporkan berkata.
Tanpa menamakan Zaid dalam bidasannya, Azmin berkata pemimpin berkenaan tidak pernah menyertai protes jalanan dan belum pernah ditangkap dan justeru, tidak akan memahami apa erti reformasi sebenar.

Dalam perkembangan berkaitan, The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.
"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.
"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,” katanya kepada akhbar itu.
Zaid, yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini.

"Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti,” katanya.
Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.
Tak lama lagiBekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.
Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin PKR, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di PKR.
Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan “Keadilan baru” jika dipecat dari PKR.
Bagimanapun, menurut sumber yang rapat dengan Zaid, kemungkinan besar ahli politik yang 'maverick' itu disalah petik bahawa beliau telah meninggalkan parti itu. Ketika dihubungi pagi ini, sumber itu berkata Zaid akan membuat penjelasan hari ini di blognya.
Zaid kini dilaporkan berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Zaid tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan. "Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi," katanya menerusi SMS.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA