Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.
"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu. Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini. — Bernama
Admin: Tahniah Fahim(Sepupu) dapat 5A! Tunggu hadiah nanti :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA