Pages - Menu

12.5.10

Skuad Piala Thomas Tewas Kepada Jepun


REXY (kanan) menenangkan Fairuzizuan yang cuba meluru ke arah penonton setelah diejek ekoran tewas kepada beregu Jepun semalam.


KETUA jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky memohon maaf kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta seluruh penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil ekoran tindakan memalukan pemain beregu negara, Mohd. Fauruz-i zuan Mohd. Tazari selepas aksi menentang Jepun semalam.

Fauruzizuan yang berpasangan dengan Mohd. Zakry Abdul Latif di- lihat hilang kawalan apabila cuba meluru ke arah penonton selepas di- ejek apabila tewas kepada beregu Jepun, Kenichi Hayakawa-Kanta Kazuno 15-21, 12-21.

Menurut Rexy, beliau malu dengan tindakan Fauruzizuan terutama apabila ia disaksikan sendiri oleh Rosmah, penonton dan seluruh media yang membuat liputan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Sebagai jurulatih, saya rasa tinda- kan Fairuz amat memalukan. Bukan saya sahaja tetapi ia memalukan selu- ruh pasukan dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia," kata Rexy.

"Tambahan pula hari ini (semalam), wanita pertama negara, Datin Seri Rosmah turut berada di stadium. Saya secara peribadi meminta maaf kepada beliau dan seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden ini."

Rexy juga tidak menolak kemungkinan Fauruzizuan bakal dikenakan tindakan disiplin selepas kempen Piala Thomas berakhir Ahad ini.

"Dalam mana-mana sukan sekali- pun, jika kita bertindak di luar bata- san kita mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.

"Mungkin juga dia akan digantung daripada menyertai beberapa kejohanan dan saya harap, dia dapat be- lajar daripada kesilapan yang dilaku- kan ini," jelasnya.

Rexy juga berkata, selepas insiden semalam, beliau akan menimbang semula untuk memecahkan gandingan Fauruzizuan-Zakry pada perlawanan suku akhir menentang Denmark hari ini. Mungkin juga beregu ketiga negara yang akan diturunkan. Saya akan fikirkan semuanya malam ini (semalam)," jelasnya.

Sementara itu, Fauruzizuan mengakui, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dengan kekala- han tersebut. Emosi saya terganggu kerana saya terlalu ingin menghadiahkan kemenangan buat Malaysia," kata Fairuz.

"Selepas tewas, saya rasa terlalu kecewa. Apabila terlihat ada penonton yang menunjukkan isyarat lucah, saya mula hilang kawalan.

"Saya akui ini adalah kesilapan saya dan saya ingin meminta maaf. Saya berjanji selepas ini saya akan cuba bangkit untuk mempamerkan aksi yang lebih konsisten."

Sementara itu, kapten skuad Piala Thomas negara, Datuk Lee Chong Wei berharap penyokong Malaysia lebih bersikap terbuka.

"Janganlah memarahi pemain kerana kami bukan sengaja ingin tewas. Saya juga menasihati Fairuz dan Zakry agar tidak terpengaruh dan sentiasa fokus terhadap perla- wanan," kata Chong Wei.

1 comment:

  1. Salam..

    ita saksikan pula petang ini macam mana pertemuan antara Denmark pula..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...