Pages - Menu

10.3.10

Al Fatihah: Imam Besar Masjid Al-Azhar Mohammed Sayyed Tantawi



Dunia Islam kehilangan seorang ulama tersohor Imam Besar Masjid Al-Azhar Mohammed Sayyed Tantawi yang meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung. Berita kematiannya dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera.

Semasa hayatnya, Tantawi yang juga Sheikh Universiti Al Azhar dikenali sebagai tokoh agamawan yang menjadi pemimpin rohani kepada lebih sebilion kepada penganut sunnah.

Beliau juga dikenali sebagai ulama yang mempunyai pandangan moderat dan menentang sebarang bentuk keganasan atas nama Islam.

Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...