Pages - Menu

23.5.13

Makna "Aku Terima Nikahnya..."

Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Apa yang tersirat disebalik lafaz ini ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Allah. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku sehingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah" (sumber)


Moga Allah memudahkan segala urusan pernikahan aku petang ini. Menggigil apabila memahami makna tersirat disebalik "Lafaz Nikah". Aku akan berubah status, perlu bersedia memikul tanggungjawab besar memimpin sebuah keluarga. Moga Allah memudahkan urusan duniaku dan akhiratku. Kurniakan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.  

Doakan aku wahai sahabat...
24.5.2013 / 14 Rejab 1434



6 comments:

  1. Selamat menempuh 'alam' baru..selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah...moga Allah permudahkan segala urusan...selamat pengantin baru...moga bahagia hingga ke jannah....

    ReplyDelete
  3. wah..nak akad nikah ye petang ni..
    semoga dipermudahkan..
    selamat pengantin baru..
    kekal ke syurga ye..

    ReplyDelete
  4. Alhamuduliah...jodoh yang sudah tersurat...selamat pengantin baru...moga menjadi suami mithli dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua, amin ya rab =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...