Pages - Menu

30.8.11

Selamat Hari Raya Aidil Fitri | Ramadhan Berakhir

Salam Aidilfitri, moga dirahmati-NYA

Alhamdulillah, Allah memberikan peluang dan rahmat kepada kita untuk bersama dengan bulan mulia, bulan Ramadhan pada tahun ini. Allah juga memberi anugerah hari kemenangan kepada umat Islam melalui sambutan Hari Raya Aidul Fitri. Menjelang Hari Raya ni, teringat aku kepada saudara mara & sahabat2 yang telah pergi, tidak sempat bersama ramadhan tahun ni, ada juga yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari sebelum Aidil Fitri.

Setiap tahun, sambutan raya pasti dimeriahkan dengan perkara yang tidak sepatutnya, itu yang tak best tu…hari kemenangan yang penuh barakah ini selalu dicampuraduk dengan budaya hedonisme, cara sambutan Yahudi dan Nasrani.

  • Pakaian yang menjolok mata, seksi, ketat, seangkatan dengannya. Adalah sunnah berbaju baru tetapi haram apabila bercanggah dengan syariat.
  • Bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batas.
  • Pembaziran yang melampau-lampau terhadap persiapan dan juadah Hari Raya.
  • Rancangan TV menjadi tarikan, menyekat kepada sunnah ziarah menziarahi apabila ramai lebih berminat beraya bersama TV di rumah.
  • Hiburan dan maksiat kembali aktif.

Hamba yang baik menerima sebuah anugerah kemenangan dengan penuh kesyukuran bukan kelupaan. Aku doakan sahabat2 semua selamat, berhati-hati semasa musim perayaan ni. Tak lupa juga Selamat Hari Kemerdekaan…syaitan dah merdeka…manusia berjaga-jaga.

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin, moga Allah Merahmati Kalian =)

 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...