Pages - Menu

6.5.11

Terkilan Di Hari Terakhir

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Apa hal tajuk pelik ja ni.hehe? Ni cerita hari terakhir di sekolah. Memang terluka pun, tak dak apa pun cuma sedih meninggalkan anak-anak murid.haha Hari terakhir masuk ke kelas, saya tak banyak bercakap tetapi saya biarkan budak2 ni dengan video kenangan kelas (akan upload utube kemudian). Saya pasang, dan biarkan sahaja.

Yang terkilannya hari ni apabila seorang murid buat laporan kepada GB bahawa saya pasang video Palestin, sentuh sensitiviti agama. Macam kes yang saya pernah cerita pada entri2 lepas. Kepada sahabat2 yang nak tau tekan ni...Islamophobia.

Kesnya mula begini, saya tengh sibuk2 setup LCD dan laptop kat meja, sementara nak pasang video kelas, saya pasang dulu video lagu "Damai Yang Hilang" (Nowseeheart), saya tak jangka ada murid yang akan bertindak luar biasa macam tu...Video tu pasang sekejap saja, sekadar nak test volume suara, bukan nak tayang isu Palestin pun. 

Tertipu pula aku, budak tu datang jumpa saya, cakap nak pergi tandas. Saya benarkan saja, dalam hati memang dah terdetik dah budak ni mesti ke pejabat. Saya terus keluar kelas, memerhatikan sahaja dari jauh, nampak dah GB keluar dari pejabat nak ke kelas. 

Saya buat tak tahu saja, GB panggil keluar, muka merah2 nak marah, kali ni memang amaran keras juga. Tak kisah la, mungkin GB sendiri belum tengok video tu..sekadar dengar laporan seorang murid. Padahal video tu tak da benda pun. Lirik lagu "Damai Yang Hilang" tu adalah berkisar soal kemanusiaan.

Tersentap juga, hari last jadi pula macam ni, hilang terus mood nak enjoy2 dengan murid. Saya cuba cool saja..padahal tengah fikir macam2 dah kepala ni. Disebabkan kasihan budak2 lain yang tak bersalah, lontarkan juga senyuman ni sambil layan kerenah budak2 kelas.

Saya panggil juga budak yang melaporkan tu, mengadap saja muka terus dia mengigil2. Saya tanya  dengan baik sambil senyum saja, kesian pula tengok.hehe. Saya cuba terangkan baik2 tentang video tu supaya dia tak salah anggap. GB cakap ada guru  yang pernah di bawa kes seumpama ni sampai ke peringkat tertinggi. Kes lebih kurang sama la. Dimaklumkan, mak ayah dia ni orang kuat politik, bila2 masa saja boleh mengaibkan anda dalam akhbar...macam tu sekali ya..? 

Azhan: Identiti murid tersebut dirahsiakan (ni bukan fitnah ya, nak sumpah2 pun boleh.hehe), cerita yang sekadar menjadi pengajaran kepada sahabat2 yang bergelar guru, moga kalian terus hebat dan terhebat =)

9 comments:

  1. lorh napa anak murid nya gitu? hmm..

    ReplyDelete
  2. aik..
    apsal ngn student tu??
    x phm betol..

    ReplyDelete
  3. ingat pada 1 perkara : ALLAH tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya~

    insyaALLAH, da hikmah disebaliknya... agaknya murid itu sudah dilatih untuk mengadu pada GB ataupun tugasnya memang mengadu pada GB..GB pun 1 jg, jenis percaya murid~layannnnnn

    ReplyDelete
  4. students skunk makin advance..
    aishh.. takut lak nak praktikum nnt.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Sahabat,
    Kalau ana ditempat anta pun misti rasa agak terkilan, niat baik kita dipandang serong pula...Mungkin budak tu dah kena sindrom Islamphobia he3......

    ReplyDelete
  6. wooo.. ada juga ye yg jenis mcm ni.. ish3x..

    ReplyDelete
  7. dasyat nye sampai mcm 2 skali ke? ish anak murid skg.. sabarla azhan.. kuatkan semangat agar jd cikgu cemerlang kelak.. :)

    ReplyDelete
  8. anak2 adalah cermin ibu bapa...

    anak2 murid adalah bayang2 guru...

    kuatkan semangat Azhan..chaiyok! :D

    p/s:GB tu macam takut jer...he he he

    ReplyDelete
  9. ala..sian nye..mungkin ada hikmahnya nanti..:))

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...