Pages - Menu

7.11.10

Tazkirah: Roti telur ni halal atau haram ya..?

Buatlah pilihan sendiri. Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram. Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.

Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam. Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAP.


INI GAMBAR ROTI TELUR


INI GAMBAR TELUR SEDANG DIKUTIP


INI GAMBAR PENIAGA YANG TAK BASUH TELUR AYAM


INI GAMBAR PENIAGA YANG PENTINGKAN KEBERSIHAN. TELUR AYAM CANTIK SELEPAS DI BASUH


INI GAMBAR TELUR AYAM YANG BANYAK TAHI PADA KULITNYA. MACAM-MACAM WARNA TAHI, HITAM, HIJAU PEKAT


INI GAMBAR AYAM BERAK KAPUR



INI GAMBAR ROTI TELUR TADI.

SEDAP TAK ?

Surah Al Baqarah - Ayat 168 - 169
“Maksudnya lebih kurang: Wahai Manusia , Makanlah kamu apa yg di ada di bumi ini yang Halal lagi baik - “Halalan Thoyyiba”. Janganlah kamu mengikut langah syaitan kerana mereka itu musuh kamu yang nyata. Sesungguhnya mereka menyeru kamu ke arah kejahatan [kemungkaran] dan mengatakan terhadap Allah apa yg kamu tidak tahu’
Hadis Nabi - mafhumnya: Sesunggunhnya Halal itu jelas, haram pun jelas dan di antara keduanya adalah ’syubhah’ , di mana ramai yang tidak tahu. Para Ulama berpendapat bahawa perkara Shubhah adalah cenderung ke arah Haram . Tidak ada syubhab cenderung kepada Halal.

“Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.
Firman-Nya: 
“Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51)
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)
Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”
(Riwayat: Muslim).
Admin: Makanan dan minuman yang halal dan baik itu menjadi punca kebersihan akal, jiwa dan batang tubuh manusia. Mereka yang membesar dan berkembang dengan sumber makanan halal dan baik akan mendorong mereka lebih berhati-hati jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan budaya berdosa. Jika terlanjur pun dia akan segera menyesali dan bertaubat nasuha. Begitulah hebat dan mujarabnya kesan makanan halal kepada akal, jiwa dan fizikal manusia.

Dengan demikian mereka yang membiasakan diri dengan rezeki halal kuat beribadah dan menjalankan perintah Allah dengan tekun. Mereka lebih yakin dengan kehidupan kerana memperoleh ketenangan dan kedamaian selari dengan keistimewaan makanan halal yang dijamin Allah.

Manakala sumber makanan haram atau bercampur aduk antara halal dan haram sudah pasti merosakkan akal dan jiwa. Mereka senang digegarkan oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan. Mereka lupa bahawa sesuap rezeki yang haram memasuki tubuh manusia akan menjadi darah daging di dalam tubuhnya dan akan kekal di situ buat selama-lamanya. Semakin dilalaikan semakin banyaklah yang haram meneroka ke dalam tubuh badan dan menjalar merosakkan fungsi akal dan jiwa.

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...