Hadith |
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim) |
i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya.
Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita,
begitulah sebaliknya.
ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukansesuatu amal perbuatan itu sendiri.
iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
iv) Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan
dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.
V) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itudengan sempurna dan memuaskan.
vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti
dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana
keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Barang siapa yang hari ini
sama dengan kelmarin,
maka
tertipulah dia,
dan
barang siapa hari ini
lebih jahat dari kelmarin,
maka
terkutuklah dia.
SUMBER:http://cikguilhamikhlas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA