Pages - Menu

17.6.13

Rakan aku seorang Kristian | Aku seorang Muslim



Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Seorang rakan guru yang agak akrab dengan aku di sekolah merupakan seorang penganut Kristian yang taat dan berdisiplin. Rakan aku ini berjawatan dalam gereja di peringkat negeri. Saban minggu aku melihatnya mencatatkan sesuatu tugasan baru dalam buku nota peribadi. Ada ketika mengeluh panjang dengan jadualnya yang padat. Mempunyai susunan kerja yang sistematik. Walau dia penganut yang taat dia tak pernah berbicara soal agama atau apa sahaja topik berkaitan agama dengan aku. Setiap kali terdetik rasa kagum dengan komitmennya, aku sentiasa doakan Allah campakkan hidayah dan taufik kepadanya.

Aku hormat, dia juga hormat kerana faham aku Muslim yang taat. Beberapa kali aku terpandang kitab bible dibacanya ketika waktu lapang di bilik guru. Muhasabah aku sejenak, aku sendiri kadang2 tak meletakkan diri sesibuknya untuk kerja dakwah Islam. Rasa malu. Jangan keluh jika umat kita rosak, bermasalah, rendah nilai, jauh dari Syariat, paling malang murtad. Kita yang memilih jalan selesa. Aku kena berubah, kita semua perlu berubah. Dunia masa sibuk berpenat lelah, akhirat masa rehat yang panjang.

Sampaikan walau sepotong ayat. Gerakkan diri demi Islam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...