Pages - Menu

27.9.12

Kisah Jiran Punya "Ayat Istimewa" | Cukuplah Dengan Senyuman

http://www.glamquotes.com/wp-content/uploads/2011/11/smile.jpg

Salam untuk semua,

Cukuplah dengan lemparkan senyuman sudah menggambarkan anda tidak sombong dan mesra bertemu siapa sahaja. Aku nak kongsi satu cerita,  tentang watak seorang jiran...aku tinggal di rumah flat sederhana, kawasan perumahan aku ini majoriti kaum Cina, orang Melayu ada lah beberapa buah rumah di sini. (dah mengajar sekolah Cina, kawasan rumah pun orang Cina...haha)

Agak menarik tentang masyarakat Cina ni, aku sudah berjiran dengan masyarakat Cina sejak aku belajar sehingga aku kerja sekarang...kebanyakkannya sangat ramah mesra, sekitar rumah bersih, tidak bising, cuma masalahnya jika jiran membela anjing...dibiarkan bebas tanpa ikatan menyusahkan penunggang motorsikal macam aku ni...haha.batu batan kadang2 tersedia dalam raga motor.

Baik! berbalik pada jiran aku ni...seorang Apek (pakcik) agak berusia...bekerja di kilang industri...aku tau sebab tengok baju kerjanya, selalunya aku akan berselisih di tangga sewaktu naik ke rumah. Rumah 5 tingkat ja, aku tingkat 2...jadi memang tiada lif disediakan. Menarik APEK ini adalah setiap kali berselisih akan keluar satu ayat....ayat itulah yang dilulang2 setiap kali jumpa aku...aku pula kadang2 jenis suka melayan..haha.seronok bersembang.

"Sudah makan ka hari ni...?"

"Ada makan hari ni...?

Haha...lebih kurang begitulah, cuma kadang2 berubah sedikit struktur ayat. Awalnya aku tidak kisahkan sangat "ayat istimewa" Apek ni, tetapi dah kerap sampai aku sendiri dah hafal...untuk mengelakkan aku diaju kerap begitu...aku pula lebih dulu soal "Uncle, sudah makan ka hari ini...?" haha.
Lebih baik bertegur sapa menggunakan ayat yang tak sedap dari bermasam cuka di wajah anda.
Apa pun mesejnya, siapa kita tak perlulah berlagak sombong. Kaya bukan pada rupa, tetapi budi bahasa. Islam sendiri melarang manusia berjalan di muka bumi dengan angkuh dan sombong...kerana sifat sombong ini hanya milik Pencipta. Kita umat Islam saling bertemu mengucap salam, itu anjuran dan peribadai Rasulullah bersama para sahabatnya.

Jadi, mulakan dahulu...berikan salam, lemparkan senyuman. Pertama kali bertemu orang tak dikenali yang pertama dilihat, pasti pada wajahnya. Bagaimana persepsi orang apabila melihat anda bermasam muka?  Contohi Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa tersenyum walau sedang dilanda derita.

4 comments:

  1. assalam, sayang sekali kita yg Islam ni kurang pulak 'mesra' antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  2. saya tinggal di kawasan carca merba 1 malaysia dan penuh pencemaran bunyi, bau kedai bukan muslim yang potong bungkus semula ikan masin cap pegion dan tau kering cap masjid, dekat tempat jual bahan sembayang siap buat majlis bakar bakar dan gendang gendang, lori gila pun sibuk parking dikawasan perumahan, dekat dengan cyber cafe yang juga didatangi pembuat masaalah, tapi bila masuk rumah, lupakan apa yang terjadi diluar..., ada rezeki mungkin berpindah nanti..., rumah nie jadi setor barang koleksi jer nanti, keh keh keh! tetap bersyukur juga ada tempat tinggal :)

    ReplyDelete
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya pun duduk di kawasan berbilang bangsa dan mereka semuanya sangat mesra...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...