Pages - Menu

9.5.11

Aku Sudah Berani Jumpa Doktor Gigi

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Dah hampir 6 tahun tak jumpa doktor gigi ni, hari ni berjaya cipta rekod peribadi memberanikan diri untuk terima rawatan gigi.hehe. Hebat tak? haha. Memang dasar penakut betul aku ni! Semalam pun sebelum nak jumpa beberapa kali call mak bagi tahu, adoi. Masalah betul budak sorang ni, sekurang2nya dapat cakap dengan mak dapat semangat sikit =)

Tadi jumpa sebab kena buat rawatan, geraham terserpih sikit. Doktor cuma buat tampalan saja, memang nyilu juga. Tetapi rasa berbeza waktu kecik2 jumpa doktor dulu, dulu lagi sakit rasanya. Sekarang tengok alat2 yang digunakan semua canggih2 belaka, sakit pun tak rasa la sangat. Kepada sahabat2 yang dah lama tak jumpa doktor cek gigi tu, cepat2 lah jumpa ya sebelum gigi ada rosak dan hilang dari gusi =)

Terserpih sikit gigi dah terasa hilang satu nikmat, susah hati dibuatnya. Itu baru gigi, betapa besarnya dan hebatnya ciptaan Allah. Hilang gigi dah tak boleh dah cari yang sama macam ori, tak ori yang boleh tanggal2 ada la. Tadi terpaksa lah buat muka cool ja atas kerusi waktu rawatan sebab ramai pulak nurse pembantu, tak kan nak buat muka penakut pulak kan.haha. Padahal dalam hati dah beribut kencang dah.

Lebih kurang 20 minit, selesai rawatan, bersyukur alhamdulillah. Lepas ni saya bertekad nak jaga makan dan jaga kesihatan gigi. 6 bulan sekali sebaiknya jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Kepada sahabat2, jaga gigi anda sebaiknya ya, nikmat yang tidak boleh dicari ganti =)

Jom klik untuk tengok bagaimana menjaga gigi supaya sentiasa sihat (Miecyber)

12 comments:

  1. sama la kite..
    dh bertahun2 x jumpe dr gigi...
    haha

    ReplyDelete
  2. hehehe..mina dah setahun tak pegi ni..nak pegi..tbe2 je gigil2..hahaha..

    ReplyDelete
  3. mase kat kg zaman2 sekolah menengah rajin jugak g check 6buln sekali gigi ni..tp skng dah duk jauh...mmg x jumpe la dktr gg :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Gigi aku- masih ori....tapi banyak yang dah longgar....tokleh nak makan jagung.

    ReplyDelete
  5. ngilu2.... doc zzzzzzzzzzzz lg..... dah ngilu time dier check... :-s... dah lebih dari 6 bulan ni tk g check :-s

    ReplyDelete
  6. atok dari hari tu nak cabut gigi geraham bongsu...sakitt

    ReplyDelete
  7. sakit gigi lagi dahsyat dari sakit bersalin...he he he

    ReplyDelete
  8. igt lagi masa sekolah rendah dulu lepas tampal gigi terus korek cabut sebab buruk warna hitam..

    ReplyDelete
  9. @hana:kena jumpa utk kesihatan =)

    @mina: gigil? haha. lagi penakut nampaknya.hehe

    @nazihah: bagus tu, perlu teruskan =)

    @humairi: yaka cikgu, mungkin perlu berjaga2 dah tu =)

    @ukhti syikin: memang nyilu sgt kak, buat relaks2 ja la =)

    @atok: kenapa cabut graham tu atok? kan baru naik ja?

    @apple: yaka? ntahlah, laki tak pernah bersalin.hehe

    @faiz: ni warna putih, macam gigi baru =)

    ReplyDelete
  10. @miecybar: sama2 sahabat =)ni salah satu p cek gigi sebab terbaca entri tu =)

    ReplyDelete
  11. tudia! jenih penakot rupanya.. haha..
    gosok gigi plak dh brapa lama x gosok? hahaha..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...