Pages - Menu

9.12.10

Aspartame Bahan Kimia Dalam Coca Cola, 180 kali Ganda Manis Dari Gula.



 Aspartame dan Berdiet
Apabila mengalami obesiti, diabetes atau profil lipid tidak seimbang anda akan dinasihatkan oleh doktor dan pakar dietetik agar mengurangkan makan makanan bergula. Jika dulu anda biasa minum ais bergas, anda akan menggantikannya dengan soda ‘diet’ contohnya Diet Pepsi atau Diet Coke.

Soda diet biasanya bebas dari sejenis gula dikenali sebagai fruktos atau sirap jagung tetapi ia dikatakan mengandungi gula tiruan dikenali sebagai aspartame. Kebanyakan produk yang mengandungi aspartame biasanya mencatatkan perkataan aspartame atau bebas dari gula.

Contoh-contoh produk lain yang mengandungi aspartame ialah sesetengah ubatan moden termasuk acetaminophen dan codeine, gula-gula getah, pemanis mengandungi gula alkohol (alcoholic sugar) contohnya produk menggunakan nama xylitol serta gula-gula meredakan batuk di samping Nutrasweet dan Sucralose.

Apa itu aspartame? Ia ialah sejenis bahan kimia yang disintesis dalam kilang terdiri dari gabungan tiga jenis bahan kimia iaitu 40 peratus asid aspartic, 50 peratus phenylalanine dan 10 peratus methanol. Tahap kemanisannya 180 kali ganda lebih manis dari gula biasa iaitu sukros. Generasi baru aspartame dikenali sebagai neotame yang baru mendapat kelulusan FDA memiliki kemanisan 13,000 kali ganda lebih tinggi dari gula biasa.

Apabila dihadamkan aspartame terurai kepada tiga sebatian asal yang digunakan dalam proses pensintesisannya serta sejenis bahan kimia dikenali sebagai diketopiperazine (DKP).  Kita lihat bagaimana setiap bahan kimia tersebut menyebabkan kemudaratan kepada tubuh.


Methanol
Aspartame terurai kepada methanol apabila bertindak balas dengan sejenis enzim dalam usus. Produk-produk yang terdedah kepada suhu tinggi membebaskan methanol pada kadar kelajuan yang tinggi dalam usus. Alakohol yang lebih beracun dari ethanol ini kemudian diserap ke dalam aliran darah pada kuantiti yang tinggi. Ia dinyahkan dari tubuh pada kadar yang rendah.

Masalah keracunan methanol yang utama ialah berkaitan penglihatan termasuk penglihatan kabur, pengecutan dimensi penglihatan, kerosakan retina dan buta. Masalah-masalah lain ialah sakit kepala, telinga berdengung, pitam, loya, gangguan sistem penghadaman, lesu, seram sejuk, gangguan memori, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, gangguan perangai, sel-sel saraf membengkak dan fungsinya terganggu.

Methanol teroksida kepada asid formic dan formaldehyde. Dalam kehidupan seharian, asid formic ialah cuka getah digunakan untuk membekukan getah.  Formaldehyde diletakkan dalam kategori sianida dan arsenik yang semuanya sangat beracun kepada sel-sel saraf dan sel-sel lain tubuh. Ia menyebabkan kerosakan retina dan menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan pembentukan kanser kerana ia bersifat karsinogen dan mengganggu proses penyalinan (replikasi) DNA.

Keracunan methanol pada manusia dikatakan memberi kesan berkali ganda lebih tinggi dari yang dialami oleh haiwan. Oleh itu keputusan kajian aspartame atau methanol yang dijalankan pada haiwan tidak menunjukkan tahap kebahayaan yang dialami manusia.

Phenylalanine (PA)
PA ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam otak. Individu yang mengalami phenylketonuria iaitu tubuh mereka tidak mampu untuk mematablisme PA biasanya mengalami paras PA yang tinggi. Individu yang biasa mengambil PA pada paras yang tinggi di samping makanan berkarbohidrat biasanya mengalami paras PA dalam darah yang tinggi walau pun mereka tidak mengalami phenylketonuria.

Paras PA yang tinggi menyebabkan paras serotonin yang berkurangan. Hasilnya seseorang akan mengalami kemurungan. PA berlebihan juga menjadi punca kepada keresahan, insomnia, tekanan darah tinggi, gila (schizophrenia), dan sawan.

Terdapat sebuah laporan menunjukkan PA yang diambil pada kadar yang tinggi secara berpanjangan menyebabkan mood turun naik, mudah marah-marah, gangguan fungsi otak, dan kerosakan otak. Beliau didapati tidak mengalami phenylketonuria. Simtom-simtom tersebut hilang apabila individu tersebut berhenti dari minum minuman yang mengandungi PA.

Setelah anda memahami mekanisme PA dalam otak, anda tidak perlu hairan mengapa seseorang yang mengalami kemurungan atau keresahan dinasihatkan supaya menggantikan gula dengan aspartame. Akhirnya mereka bergantung hidup kepada ubatan antikemurungan atau antikeresahan.

Asid aspartic
Asid aspartic ialah sejenis asid amino dan dalam tubuh ia diubah kepada aspartate. Aspartate berindak sebagai neurotransmitter dalam otak dengan memindahkan informasi dari satu sel otak (neuron) ke sel otak yang lain.Jumlah aspartate yang tinggi menyebabkan Kalsium masuk ke dalam otak dengan banyak lalu menyebabkan penjaanan radikal bebas pada kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan sel-sel otak rosak dan mati.

Otak kita mengandungi sistem dikenali sebagai ‘halangan antara otak dan darah’ (blood brain barrier) yang berfungsi antara lain menghalang bahan-bahan kimia beracun termasuk aspartate dari memasuki otak. Walau bagaimana pun ia didapati membenarkan kemasukan aspartate jika parasnya tinggi dalam darah.

Kemasukan aspartate menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak berlaku secara perlahan-lahan. Simtom-simtom kerana kerosakan sel-sel otak di bahagian tertentu otak hanya dikesan atau dialami setelah lebih dari 75 peratus sel otak mengalami kerosakan.
Simtom-simtom berpunca dari pendedahan sel-sel otak kepada aspartate secara berpanjangan:
Simtom-simtom hanya akan dikesan atau dirasai oleh individu yang mengalami kerosakan lebih dari 75 peratus sel-sel otak.
  • Kerosakan sel-sel otak
  • Multiple sclerosis
  • Masalah memori
  • Masalah-masalah hormon
  • Masalah pendengaran
  • Sawan
  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit Parkinson
  • Paras gula rendah
  • AIDS
  • Nyanyuk
  • Gangguan komunikasi antara sistem saraf dan endokrin
Golongan yang mudah mengalami masalah-masalah kesihatan berpunca dari pendedahan kepada  asid-asid amino bersifat exitotoxinsecara berpanjangan ialah bayi, kanak-kanak, wanita mengandung dan golongan tua.

Diketopiperazine (DKP)
DKP ialah sejenis produk hiliran hasil dari metabolisme aspartame. Ia juga dikatakan wujud dalam produk aspartame dalam bentuk cecair yang disimpan pada waktu yang lama. Dalam usus, DKP diubah kepada sejenis sebatian menyerupai N-nitrosourea iaitu salah satu penyebab pembentukan ketumbuhan pada otak. Selain itu DKP dikaitkan dengan pembentukan polyp dalam rahim dan perubahan pada sifat kolesterol.

Lupus
Dikatakan bahawa terdapat individu menghidap Lupus iaitu sejenis penyakit autoimmune setelah minum minuman mengandungi aspartame secara berpanjangan. Simtom-simtom Lupus beliau berkurangan apabila beliau berhenti dari minum minuman yang biasa diminumnya.

Multiple Sclerosis
Seseorang yang biasa mengambil aspartame mungkin didiagnosa sebagai menghidap multiple sclerosis. Simtom-simtom keracunanmethanol berpunca dari pengambilan aspartame menyeruapai simtom-simtom multiple sclerosisCara meredakannya ialah berhenti dari mengambil aspartame.

Fibromyalgia
Seseorang yang biasa mengambil aspartame mungkin didiagnosa sebagai menghidap fibromyalgia dengan simtom-simtom: kekejangan, sakit mencucuk-cucuk, kaki kebas, pening, sakit kepala, telinga berdesing, sakit sendi, murung, mudah resah, pertuturan terganggu, penglihatan kabur, dan mudah lupa. Cara meredakannya ialah berhenti dari mengambil aspartame.

Diabetes
Pengambilan aspartame dikatakan memburukkan sindrom diabetes seperti kerosakan sel otak, kerosakan retina, selain meningkatkan risiko mengalami koma dankematian. Jika anda mengalami diabetes dan mengambil aspartame, minta persetujuan doctor anda untuk menggantikannya dengan ekstrak Stevia yang hampir dua kali ganda lebih manis dari aspartame.

Penutup
Dakwaan bahawa aspartame sebagai bahan tambahan makanan (food additives) yang paling selamat untuk semua peringkat umur termasuk penghidap diabetes kerana telah dibuktikan oleh 200 penyelidikan sains tidak boleh diterima secara bulat-bulat. Kajian-kajian yang dijalankan biasanya ditaja oleh pengeluar aspartame atau dijalankan sendiri oleh mereka. Hasilnya keputusan kajian biasanya memihak kepada hipotesis yang mereka cipta.

Penyelidikan yang dijalankan oleh saintis-saintis sebaliknya mendapati aspartame menyebabkan 90 jenis penyakit.  Jumlah aduan yang diterima oleh Agensi Perubatan Persekutuan (FDA) Amerika Syarikat mengenai masalah kesihatan yang timbul akibat pengambilan aspartame adalah paling tinggi dibandingkan dengan aduan untuk bahan-bahan tambahan makanan lain.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...