Pages - Menu

14.5.13

Undangan Perkahwinan Azhan & Hanisah | Doakan Kami

 

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengundang sahabat2 blog Mohamadazhan.com ke Majlis Perkahwinan Azhan + Hanisah yang akan berlangsung pada bulan Jun 2013. Yang berkelapangan masa, dijemput memeriahkan majlis kami nanti. Tentatif majlis dilampirkan di bawah. Pada 24 Mei 2013, insyaAllah majlis akad nikah saya dan Hanisah akan dilangsungkan. 

Perasaan?? Bercampur baur sebenarnya...gembira, takut, gementar. Moga aku diberikan kekuatan untuk memegang amanah sebagai seorang suami dan bapa yang soleh, memimpin keluarga mencontohi baginda nabi Rasulullah SAW....Doakan kami, moga mendapat kebahagiaan melayari bahtera rumah tangga nanti, amin. Moga segalanya dipermudahnkan-NYA.

Tentatif Majlis

AZHAN
Tarikh : 1 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat: Dewan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

HANISAH
Tarikh : 2 Jun 2013 (Ahad)
Tempat: Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala, Seberang Kota, Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.

“Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon doa dan restuMu, berkatilah majlis kami dan majlis yang dilangsungkan ini agar berjalan dengan sempurna seperti mana yang kami kehendaki.

Kami mohon padaMu ya Allah, agar melimpahkan nur kebahagiaan kepada kehidupan yang bakal kami tempuhi bersama dan kekalkan perkahwinan ini selama-lamanya hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal ‘Alamin.”

4 comments:

  1. Salam sahabatku,

    Semoga dipermudahkan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam akhi, syukran. doakan yap. jemput datang nanti =)

      Delete
  2. tahniah..
    semoga bahagia sampai ke akhirnya..
    =D

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH.....semoga dipermudahkan segala urusan..dan bahagia hingga ke jannah....inshaAllah....tumpang gembira.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...