Pages - Menu

23.4.11

Berwaspada Dengan Poco-poco


GURUN: Hati-hati. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada umat Islam di negara ini yang mahu menyertai tarian poco-poco supaya tidak lari daripada landasan agama walaupun muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin memutuskan ia masih boleh terus diamalkan. Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga kesucian agama bukan saja dalam isu tarian poco-poco, tetapi kegiatan masyarakat lain supaya tidak bertentangan dengan Islam hingga boleh menjejaskan akidah.

Jamil Khir berkata, ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi, umpamanya dalam soal berpakaian, kesopanan atau tujuan ia dijalankan supaya tidak berkaitan dengan ritual agama lain. Katanya, apa saja termasuk tarian poco-poco boleh jadi haram jika dicampur dengan elemen lain yang bertentangan dengan Islam atau jika tujuan ia dilakukan adalah salah dan boleh merosakkan akidah. “Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dengan mendalam hal ini sebelum membenarkan ia diamalkan, namun tanggungjawab kita sebagai umat Islam juga perlu bagi mengelak ia tidak bercampur dengan aktiviti lain yang bertentangan dengan Islam.

“Keputusan ini menyelesaikan isu dihadapi umat Islam yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada ia boleh atau tidak boleh diamalkan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Anak Angkat di Dewan Surau Kampung Sungai Badak, di sini, semalam. {Metro}

Azhan: Selalunya poco-poco ni campur saja laki perempuan, yang perempuan ketat2 belaka, semuanya nak didedahkan...Yang best, ada juga pak ustaz join sekaki. Apa kan daya...dunia kita. Apabila ditanya, jawapanya mudah saja "Sesekali cuci mata...apa salahnya..."

9 comments:

  1. haha..baik tanam sayur dari buat poco-poco

    ReplyDelete
  2. @jaya:haha, betul2, kurang2nya ada juga hailnya...poco2 boleh cuci mata yang kabur ni =)

    ReplyDelete
  3. kalau dulu kita kecoh dengan pengaharaman yoga yang berkaitan dengan salah satu agama. lalu diharamkan. jangan marah sebab bila ada berekaitan dengan agama lain je, trus takleh kita sebagai umat islam. so bila dah tau ni jangan gatal-gatal nak menari poco-poco. padahal dah tau haram kan?

    kita yang tak berapa tau pasal agama dan mengharaman hukum-hukum ni kenalah ikut cakap mufti-mufti ni. sebab dorang lebih arif bercakap pasal hukum hakam dan peraturan yang berkaitan dengan agama ni.

    kalau tak puas hati jugak simpan lah sebab hukum dah pun di tetapkan. jangan lawan derr. aku suka la bende ni di haramkan sebab aku tak reti pun nak berpoco-poco ni.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 135lc dan penjagaan

    Honda ex5 dan Honda wave

    ReplyDelete
  4. sekejap halal sekejap kata haram.. apa ni ? kita jugak yg pening..hahaha..

    salam bro.. saya dtg ke sini dlm misi mencari blog yg bagus utk sy follow..dan sy follow sini..

    ReplyDelete
  5. hu.hu.hu....kata2 kt bawah tu yg xthn sgt tu.....

    ReplyDelete
  6. jika ada majlis2 keramaian, saya selalu dipaksa untuk turut serta. selalunya saya akan beri alasan sakit perut ke, tidak sihat ke.

    Menari beramai-ramai depan lelaki pada saya tidak berapa sopan. Bila kita menolak, dikatakan kita tidak open minded.

    ReplyDelete
  7. semayang sunat lagi baguih drp dok menari poco2 ni.. heheh..

    ReplyDelete
  8. hhmmm..apa yg best pun mina taktau...

    biarlah diorang poco2 dlm neraka nnti...


    ckp ulamak takmau ikut...geram...

    ReplyDelete
  9. Aik? Ostad pun joint sekaki???

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...