Pages - Menu

1.1.14

1.1.14 | 2014, Tahun Barang Naik!




Salam untuk semua,

2013 dah tinggalkan kita. 2014 menjelma, dalam fikiran rakyat Malaysia...tahun baru adalah tahun NAIK. Janji tinggal janji saja. 2014 akan dikenang sebagai tahun BARANG NAIK! haha. agak pelik, itu hakikat dan realiti....bayangkan sampai ke tahun pun sudah diberikan nama....Agak menarik, 2014 bakal dipateri dalam sejarah sebagai tahun BARANG NAIK...terus dikenang. Moga Melayu tidak lupa.


Aku puji usaha 11 langkah penjimatan oleh PM, tapi senarai atas tu sewajarnya diberikan perhatian dulu. Sepatutnya kerajaan ada usaha ke arah mengawal senarai barang keperluan asasi.....apabila cakap soal BARANG NAIK....penyokong BN, pengundi BN semua kelu...yang benci benar kepada PR terdiam berbiacra soal barang naik...kita berkisah politik atas fakta...politik juga antara cabang menentukan taraf hidup rakyat biasa...jadi, nak tak nak kita kena ambek port juga...tak banyak, sikit-sikit pun bereh...itu tanda kesedaran. Hak rakyat bawah yang dicabuli setiap masa. Hampa nak sokong parti apa, terserah....ada fakta, ada bukti jelas silakan....

Sudah sampai masa, yang mengundi, yang menyokong kepada "BARANG NAIK" pada PRU13 lalu wajar berfikir, bermuhasabah semula...undi kalian 47 peratus jadi penentu 2014, tahun BARANG NAIK. Aku doakan, kita semua doakan...semua mampu melalui getir 2014 dengan tenang...aku susah hati trend MELAYU MUDAH LUPA....perit bertahun, mampu terpadam dengan habuan tak seberapa...

Selamat bekerja, selamat juga menuntut ilmu...


Senyum selalu =)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...