Pages - Menu

30.11.13

USTAZ KAZIM ELIAS (UKE) | Antara Ahli PAS dan MT UMNO? Sembang Kosong...



Salam untuk semua,

Ustaz Kazim Elias (UKE), aku mula ikut kuliah ust sejak 2003/2004 lebih kurang...aku masih di sekolah menengah zaman tu, ikut2 mak ayah p masjid. Aku masih ingat waktu tu UKE kuliah bulanan di Masjid Sultan Muzafar Shah, kat pekan S.Petani. Kira penceramah yang mak ayah aku tak pernah lepas peluang, waktu juga UKE taklah sepopular sekarang. Tak dinafikan, UKE memang bagi kuliah cukup mantop, banyak ilmu dan pengisiannya mudah faham sambil selingan jenaka yang santai.

Terkini UKE dilantik oleh PM sebagai MT UMNO, antara agamawan yang dipilih selain Ust Dr Asyraf Wajdi (YADIM). Dua tokoh agama yang cukup dikagumi keilmuan. Agak mengejutkan, UKE merupakan ahli PAS yang sah! orang PAS rupanya...haha Walaupun begitu, bibit pro-UMNO pada UKE dah lama, ramai sudah maklum UKE selalu sangat hentam PAS secara terbuka (walau banyak kali dinafikannya)...dunia IT terbuka, sukar nak dihelahkan kerana video-video berkenaan sudah banyak...

Lepas tengok video penjelasan UKE tentang lantikan tu, UKE bersoalkan kenapa PAS tidak pernah menjemput/menawarkan apa2 jawatan seumpamanya kepadanya sedangkan UKE masih ahli PAS yang sah!??  Aku pula tertanya2, jika benar ikhlas untuk berkhidmat untuk gerakan Islam, dakwah Islam...tak perlu sebenarnya menunggu tawaran rasmi dari PAS kerana khidmat itu perlu memaksa dirinya untuk bergerak mencari "perkhidmatan" yang sewajarnya dengan kelimuannya. Paling tidak, banyak lagi ruang perbincangan dengan pimpinan PAS khususnya di Perak untuk memartabatkan dakwah selayak dengan ketokohan yang UKE ada sekarang.

Disamping, aku juga melihat PAS juga punya banyak lompang. Benarlah pengkritik politik banyak menilai PAS sebenarnya gagal menguruskan sumber manusia dengan baik berbanding PKR dan DAP. Kenapa? Ramai tokoh akademik, intelektual, agamawan, dll yang punya bakat besar yang gagal "diguna pakai" oleh PAS untuk gerak kerja dan ditonjolkan bakatnya. Balik2...orang sama! Contoh mudah, Sebelum PRU12, siapa pun tak kenal Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin? Aku pun tak kenal boh...dah jadi MB Perak zaman tu, baru ramai tersedar DS Nizar Jamaluddin punya ketokohan yang hebat! Selain keilmuan akademik, memimpin, agama, mampu berbahasa dengan bahasa yang pelbagai....disenangi pelbagai kaum. PAS terus gagal menguruskan sumber manusia, tokoh seperti UKE wajar diketengah lebih awal...PKR jauh kehadapan lebih pandai menguruskan sumber manusia seperti mastermind "YB Rafizi Ramli" yang sekarang...PAS bagaimana? Masih nak bertakuk gaya lama...?

Ramai juga tokoh akademik tak setuju dengan penglibatan UKE dalam politik langsung, termasuk abang UKE sendiri, seorang tokoh politik UMNO Perak. Baru ditawarkan jawatan MT...hampa tengok orang punya hentam dia...kiri kanan depan belakang...belum terima keputusan yang hentam bersimpang siur. Aku memang tak setuju orang bantai UKE macam tu, lagpun aku pernah berguru dengannya, tetap menghormati! Relaks la...kita tengok dulu perencanaannya. Ramai dah maklum, tokoh agama seperti Ust Dato' Nakhaei Ahmad (bekas Naib Presiden PAS/Bekas Presiden YADIM) masuk UMNO, Ustazh Mashitah, Ustaz Brgd Jamil Khir, Ustaz Dr. Fathul Bari, paling "tak ustaz" DS Anwar Ibrahim (Pengasas ABIM) semuanya tungging...gagal bersuara, gagal berperanan sebaiknya, yang diterajang keluar dengan teruk pun ada...itu sejarah agamawan dalam UMNO!

Aku memang tak pernah yakin, dengan membaca sejarah itu...UMNO benarlah tak ikhlas untuk berubah ke arah agama, paling tidak pun lebih baik dari sebelumnya...bukan seorang dua tokoh besar dalam UMNO yang terus suram menegur, sudah ramai...tak ke mana. UMNO terus kelihatan busuk dengan Rasuah, Kronisme, Salah Guna Kuasa...hampa bayang sampai bini sendiri boleh naik jet dan pesawat peribadi p obersea! Balik mai...hentam rakyat suruh bayaq cukai! haha boleh yakin?

UKE dah punya pengaruh besar, zaman ini (2010-2020) UKE dan UAI punya giliran membawa fenomena. Aku cukup sayang jika UKE senasib dengan tokoh2 agamawan yang lain...terjun politk, lemas dalam pancarobanya. Apa pun, kita terus menghormatinya, mencerca, memaki hamun, itu tetap salah...berbeza dalam berhujah. Kita tunggu 3-4 tahun lagi dimana UKE berada...doakan terbaik! =)

1 comment:

  1. Ahli Pas dijemput Umno jadi MT...ia agak lucu, tapi itulah realiti politik tiga suku Malaysia. Sedangkan ahli2 Umno berlumba2, bergadai bergolok utk jadi MT, tapi hanya sebahagian kecil yg berjaya, kebanyakannya kecundang. Tapi UKE tak perlu kerja keras, terus dilantik jadi MT walau ,asih ahli Pas. Betapa nilai saham seorang ahli Pas begitu bernilai di mata kepimpinan Umno.

    Mungkin lepas ini satu cara untuk ahli Umno dipandang dua belah mata oleh kepimpinan Umno ialah dengan menganggotai Pas seperti UKE, sebab jika berada dalam Umno mereka cuma dipandang sebelah mata...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...