Pages - Menu

25.11.13

Muktamar PAS ke-59 | PAS Semakin Matang



Salam untuk semua,

Muktamar PAS ke-59 dah melabuh tirai Ahad lepas. Alhamdulillah, aku ucapkan tahniah kepada wakil2 pemimpin yang menang jawatan. Aku hanya sempat p dua hari, itu pun cilok sekejap saja...tak sempat nak ikut semua ucapan perwakilan dan pemimpin. Banyak tengok dalam Youtube ulang tayang...hemat aku PAS semakin matang dengan politik gaya baru, mendepani tomahan dan perubahan dengan matang.

Aku secara peribadi tak setuju dengan karenah sebelum hari muktmar berlangsung...masing-masing melobi pemimpin2 pilihan secara agak keterlaluan, kurang akhlak...desas desus itu bermula khabarnya daripada segelintir pucuk pimpinan...merebak kepada ahli menjadikan laman maya bak percakaran kucing "hitam" dan "coklat" merebut tulang ikan. Percakaran yang tidak mendatang makna melain tertusuk tulang...

Konsert Metal yang menjadi kontroversi, sudah ramai pemimpin menghulurkan kemaafan atas keterlanjuran persembahan menyimpang daripada akhlak Islam dan budaya Timur. Pada anak-anak muda kaki muzik "keras batu", pada mereka adalah benda biasa, aku juga yang layan sekali sekala tidak hairan sangat aksi terkinja2 itu...biasalah dah nama rock, bukan nasyid goyang kaki sikit2. Cuma golongan ibu ayah kita, para ustaz alim ulama pasti persembahn itu sangat menjengkelkan...setiap kekurangan, perlu diambil pengajaran dan iktibar.

Paling menyentuh hati, apabila jawatan Naib Presiden diselang seli babak titisan air mata pemimpin yang menang. Hebat! Manusia pada kebiasaan gila berebut jawatan malah tak kurang melobi diri dengan rasuah/politik wang, hati yang bersulam iman menerima penuh tawaduk dan iltizam! Aku dan sekalian kita pasti menantikan kepimpinan baru yang dipilih, moga menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya...kita mendoakan gerakan Islam tertua di Malaysia ini terus pacu mendepani zaman.

Selamat berkhidmat!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...